HEADLINES

BN akan bekerjasama dengan PH pada PRU-16

Bagaimanapun BN dan PH masing-masing akan bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu

4:54 PM MYT

 

MARAN — Barisan Nasional (BN) akan terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun beliau berkata BN dan PH masing-masing akan bertanding menggunakan lambang sendiri pada pilihan raya itu.

“Insya-Allah PRU akan datang kita akan gunakan lambang Barisan Nasional. Ini bukan bererti kita lari daripada kesepakatan Kerajaan Perpaduan. Maksudnya PH boleh tanding guna lambang PH dan kita tanding dengan lambang kita, tapi dari segi kerjasama, kita jalinkan.

“Asalkan kawasan yang kita bertanding itu tidak ditandingi oleh mereka dan kita tidak bertanding di kawasan yang mereka tanding itu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Maran, Pekan Tajau di sini hari ini. 

Sementara itu Ahmad Zahid dalam ucapannya berkata sejak parti berada dalam kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan, belum ada lagi agenda Islam yang diketepikan. 

“Saya yang bertanggungjawab nakhodai UMNO (dan) saya akan pastikan bahawa parti komponen dalam kerajan Perpaduan ini mengikuti semua perkara yang termaktub dalam Perlembagaan, menjaga soal Islam, soal Melayu, tidak ada lebih dan tidak ada kurang, noktah. Itulah keyakinan diri kita,” katanya. 

Mengulas mengenai status Parti Progresif Penduduk (MyPPP) yang berasa diketepikan sehingga membuat keputusan tidak turun berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Ahmad Zahid berkata parti itu masih lagi antara parti gabungan dalam Friends of BN.

“Kita mengalu-alukan semua, setiap pemimpin parti dialu-alukan untuk mengambil bahagian dan menyumbang usaha. Sekarang ini ada 11 Friends of BN di dalam sebagai parti gabungan dalam BN, kita samakan semua. Mereka masih sebahagian daripada Friends of BN.

“Parti komponen empat saja, UMNO MCA, MIC dan PBRS sebab perlembagaan BN memaktubkan keputusan untuk menerima mana-mana parti mesti konsensus, 100 peratus… jika ada parti tidak bersetuju, maka kita tidak akan menerima,” katanya.

Sebelum ini, MyPPP membuat keputusan tidak turun berkempen dalam PRK DUN Sungai Bakap meskipun sebelum ini turun membantu BN dalam PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor.

Pemangku Presiden MyPPP Datuk Loga Bala Mohan dipetik berkata keputusan itu dibuat demi maruah parti selepas pihaknya berasa diketepikan selepas bertungkus lumus membantu BN dalam PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor. – 30 Jun, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related