HEADLINES

Polis siasat penyebaran gambar ‘bedah siasat’ didakwa Zayn Rayyan bawah Akta Rahsia Rasmi

Siasatan tersebut akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman

3:07 PM MYT

 

SHAH ALAM – Siasatan berhubung penyebaran beberapa gambar yang didakwa mempunyai kaitan dengan kematian kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin di media sosial akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Polis sudah menerima laporan mengenai penyebaran gambar tersebut yang dibuat oleh pegawai penyiasat kes itu,’’ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, tular gambar yang didakwa diambil ketika proses bedah siasat dijalankan ke atas Zayn yang ditemukan meninggal dunia, tahun lalu.

Laporan itu dibuat oleh pegawai penyiasat kes itu pada jam 12.15 tengah hari pada 30 Jun lalu.

Pada 13 Jun lalu, ibu bapa Zayn iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf atas tuduhan mengabaikan kanak-kanak di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 2 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related