◉ HEADLINES

Setuju saranan Altimet, Afdlin Shauki dan Yusof Haslam harap kerajaan serius perangi cetak rompak digital

Kata mereka, jika gejala ini tidak dibendung, karya seni dan masa depan industri kreatif hiburan akan terjejas

5:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa karyawan filem tanah air bersetuju dengan saranan penyanyi rap terkenal, Altimet agar kerajaan perlu lebih serius menangani isu cetak rompak dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Produser dan pengarah filem yang Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, langkah segera perlu diambil memandangkan ketika ini pelaku dan mereka yang menyokong kandungan haram tiada rasa bersalah melakukan jenayah ini.

Malah katanya, isu cetak rompak sudah mula diperkatakan sejak zaman analog lagi iaitu ketika industri muzik masih menggunakan kaset, manakala industri perfileman menggunakan video cakera padat (DVD).

Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, langkah segera perlu diambil memandangkan ketika ini pelaku dan mereka yang menyokong kandungan haram tiada rasa bersalah melakukan jenayah ini – Azim Rahman/Scoop, 2 Julai, 2024

“Persoalannya, kenapa sejak dari dulu lagi gejala cetak rompak ini tidak dibanteras secara habis-habisan? Kenapa tiadanya penguatkuasaan begitu ketat? Kenapa ia dibenarkan berleluasa? Adakah kerana industri kreatif hiburan tidak dianggap sebagai industri penting atau industri sah?

“Inilah persoalan yang sering saya ajukan sejak dari dulu lagi. Memang kita punya Rang Undang-Undang (RUU) Hak Cipta (Pindaan) 2021, tetapi sayangnya tiada keseriusan menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi karya dan hasil kerja seni pemain industri.

“Sudahlah sekarang ini, karya muzik tidak punya jualan fizikal lagu dan hanya mengharapkan pada jualan penstriman secara digital. Jadi bila keadaan ini berlaku, kita kenalah betul-betul melindunginya dari sudut digital termasuklah filem. Kalau cetak rompak berlanjutan, maka tidak ada gunanya industri kreatif hiburan ini wujud,” katanya.

Altimet mengesyorkan kerajaan agar menaikkan penalti bagi pesalah serta bekerjasama dengan syarikat platform kandungan untuk mengenal pasti dan menutup operasi cetak rompak digital – Gambar fail Scoop, 2 Julai, 2024

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Altimet yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lembah Jaya susulan sejumlah besar babak dalam filem Sheriff: Narko Integriti sedang ditonton secara berleluasa melalui penstriman haram khususnya Telegram.

Malah, Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad turut mengesyorkan kerajaan agar menaikkan penalti bagi pesalah serta bekerjasama dengan syarikat platform kandungan untuk mengenal pasti dan menutup operasi cetak rompak digital.

Katanya lagi, kerajaan juga harus mencontohi usaha dilakukan negara jiran, Indonesia dan Filipina dalam memerangi gejala tersebut.

Sementara itu, produser dan pengarah filem legenda, Datuk Yusof Haslam berkata, usaha mengekang atau membanteras cetak rompak digital memang sukar dilakukan kerana ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat.

Datuk Yusof Haslam berkata ada yang tidak segan silu memberitahunya bahawa anak mereka menonton filem Sheriff melalui Telegram – Gambar fail Scoop, 2 Julai, 2024

“Dari zaman saya buat filem Sembilu (sebelum wujudnya teknologi digital) sehinggalah sekarang, isu cetak rompak ini tidak pernah selesai. Malah, ada yang tidak segan silu memberitahu saya bahawa anak mereka menonton filem Sheriff melalui Telegram.

“Saya amat setuju dengan saranan Altimet agar gejala cetak rompak digital ini harus diperangi kerana jika ia tidak dibendung, ia akan merosakkan industri. Malah, pihak pawagam turut merasa tempiasnya apabila banyak filem dicetak rompak di beberapa platform media sosial.

“Saya harap kali ini, kerajaan akan memandang isu ini dengan lebih serius. Ini kerana sebagai karyawan kita mengeluarkan jutaan ringgit untuk menghasilkan sebuah filem menggunakan khidmat ramai tenaga kerja industri kreatif termasuk barisan pelakon,” katanya. – 2 Julai, 2024

Topics

 

◉ Popular

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Four Malaysia Airlines flights cancelled, two more diverted amid heightened US-Iran tensions

Destinations involved were Doha and Jeddah following flight advisory on airspace risks, governments issue travel warnings to avoid Iran

◉ Related