‘Biarlah kat Peah tu Bella oi’, netizen nasihat isteri Aliff Aziz tetap kuat, tidak terus tertekan…’

Ada pula meminta Aliff berusaha menjaga mental Bella sebaik mungkin berhubung gosip dirinya dengan wanita lain, bagi memastikan isterinya itu tenang dan tidak terus sakit hati

11:37 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kehadiran Sophia Albarakbah di konsert minggu ketiga Gegar Vaganza All Stars Musim 10 (GV10), menimbulkan pelbagai spekulasi kerana pelakon itu dianggap seolah-olah cuba menyemarakkan semula isu dan kontroversi gosip hubungannya dengan Aliff Aziz.

Apatah di saat Bella Astillah turut hadir pada acara berkenaan untuk memberikan sokongan kepada suami tercintanya itu.

Tenang berhadapan dengan perkara itu, Bella bagaimanapun dilihat memuatnaik hantaran yang berkait rapat dengan insiden tersebut melalui akaun Instagram miliknya, selepas acara terbabit selesai.

Status dimuatnaik Bella Astillah di instagram dipercayai berkaitan tindakan Sophia Albarakbah hadir ke GV10 sehingga ia mencetuskan isu kerana acara terbabit turut disertai Aliff Aziz yang pernah dikaitkan dengannya. – Gambar instagram Bella Astillah, 11 Oktober, 2023

“Saya tidak bersaing dengan sesiapa. Saya tidak mempunyai keinginan untuk bermain game untuk menjadi lebih baik daripada sesiapa pun. Saya hanya cuba untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa:),” katanya.

Hantaran itu meraih pelbagai respon dan rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Bella untuk terus bertahan serta kuat berdepan situasi berkenaan, selain mengetepikan hal negatif yang mampu menjejaskan kesihatan diri dan mentalnya.

Malah, tidak kurang yang memberikan pelbagai nasihat kepada Bella supaya dia dapat menggunakan pertimbangan akal fikiran serta mampu melalui kehidupan dengan lebih tenang selepas ini.

Antara komen netizen yang menasihati dan memberikan kata-kata semangat kepada Bella Astillah susulan kontroversi kehadiran Sophia Albarakbah ke GV10. – Gambar tangkap layar melalui instagram Bella Astillah. – 11 Oktober, 2023

Seperti mana kata @eiyra_aliera92: ‘Tak tahu la nak cakap apa tapi bagi sayalah, jadilah macan Puteri Sarah. Tak guna bertahan untuk benda yang boleh mendatangkan kemudaratan pada diri. Diri kita lagi penting. Mental kita, kesihatan kita kena utamakan.

“Halanglah macam mana, kalau diaorang nak macam ni, tak guna pertahankan. Dia pun akan dapat balasan nanti, lambat atau cepat je. Susah zaman sekarang ni. Muka lawa-lawa jadi penyondol. Sayang seribu sayang. Muka lawa, akal fikiran tak panjang. Sabar sis Bella, stay strong (tetap kuat)”.

Kehadiran Sophia Albarakbah ke GV10 mencetuskan persoalan ramai pihak, termasuk menimbulkan ketidakpuasan hati Bella Astillah yang mendakwa pelakon itu seolah-olah mahu menonton persembahan suaminya, Aliff Aziz. – Gambar instagram Sophia Albarakbah, 11 Oktober, 2023

@mrshamzah84 berkata: “Sila ketepikan tekanan yang tidak perlu terhadap suami anda kerana dia dalam pertandingan. Ketepikan fikiran negatif tentang masa lalu, biarkan masa lalu berlalu. Maju ke hadapan dan jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. Anda adalah tulang belakang Aliff, percaya kepada dia dan serahkan segalanya kepada Allah swt. Anda seorang isteri dan mummy yang kuat.

Komen @farhanasukor pula berbunyi: “Biarla kat Peah tu Bella oi. Fokus diri sendiri dan anak-anak sudah. Laki ni kalau betul sayang dan setia, dia tak perlu buat pasangan dia rasa insecure.

Aliff Aziz yang juga juara GV8 adalah seorang daripada peserta GV10 yang disertai pemenang tempat pertama GV musim pertama hingga GV9. – Gambar instagram Bella Astillah, 11 Oktober, 2023

Manakala @sweetsyafi pula memberikan pandangan: “Patutnya Aliff perlu lakukan sesuatu…Kalau dia pandai jaga perasaan bini, bini takkan stress macam ni…Ini bini pula kena berusaha keras nak pulihkan keadaan. Nak jaga hubungan. Rumah tangga takkan berjalan lancar kalau tiada kerjasama dari kedua belah pihak.

Kepada Aliff Aziz, tolong ambil kira kesihatan mental bini kau tersangat penting…Kau mungkin tak melayan Sophia tapi kau tak lakukan yang cukup-cukup yang boleh menenangkan Bella. Aku tahu sakitnya perasaan bila laki acuh tak acuh,” kata seorang netizen. – 11 Oktober, 2023

Topics

Popular

Saya juga manusia, punya hati: Ning Baizura sedih, terguris diri digelar Kristian, keluarga dikritik

Jelas Ning, beliau kecewa kerana daripada satu perkara kecil, ia diperbesarkan segelintir netizen, termasuk menyerang Instagramnya dengan kata-kata hinaan

Iranian President Ebrahim Raisi confirmed dead as burnt helicopter wreckage found

No survivors have been found since crashed helicopter site was discovered, says Iranian Red Crescent Society

Two bullets, profane letter in my mailbox: Teresa Kok lodges report on death threat

Seputeh MP shares her distress after discovering threatening note while retrieving her mail yesterday; police have inspected the scene at her residence

Related