◉ HEADLINES

Cadangan penjajaran baharu PJD Link bakal ada 6 penambahbaikan, perlu buat semula kajian impak

Menurut Exco, proses ini masih panjang sebelum boleh dibentangkan

7:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Projek lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link) masih belum berakhir apabila pembaharuan jajaran akan dibawa ke Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) untuk dibincangkan.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim (Pandan Indah – PH) berkata enam cadangan pembaharuan pada jajaran itu, kebanyakannya di Petaling Jaya akan diteliti semula bagi melihat sama ada penambahbaikan itu menepati kehendak penduduk.

“Kita dah syaratkan juga Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) pada bahagian itu dibuat semula dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk. Prosesnya masih panjang sebelum boleh dibentangkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai projek PJD Link.

Izham juga memberitahu, lebuh raya lain yang dalam pertimbangan ialah Putrajaya-Bangi Expressway, Kuala Lumpur Northern Dispersal Expressway, Lebuhraya Senawang-KLIA-Salak Tinggi, Lebuhraya Pintasan Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Shah Alam dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Klang Link.

Pada April, kerajaan membatalkan PJD Link selepas pemaju gagal memenuhi enam daripada 11 syarat ditetapkan.

Scoop sebelum ini melaporkan pembatalan projek Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) akan menyebabkan pembayar cukai mungkin menanggung kos pampasan melebihi RM20 juta.

Bagaimanapun, terdapat sokongan terhadap projek itu dari komuniti berhampiran di Taman Medan, Kinrara, Kampung Kayu Ara dan Kampung Melayu di Petaling Jaya.

Kumpulan usahawan, termasuk kontraktor Bumiputera turut menyuarakan sokongan terhadap projek bernilai RM4.4 bilion itu yang dianggarkan bakal mewujudkan kira-kira 12,000 peluang pekerjaan. – 4 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Tax breaks in JS-SEZ aimed at driving high value investments to Johor

Finance Ministry and Johor govt target companies in AI, quantum computing supply chain, medical devices, aerospace and global services

Lessons from Masjid India’s sinkhole incident – Ravindran Raman Kutty

Restoring confidence in public infrastructure is crucial following tragic event

Bursa Malaysia breaks 1,680 resistance level at opening but retreats from there

Local bourse has seen positive sentiments from foreign investors recently

◉ Related