HEADLINES

Kelincahan Sanusi main kabaddi jadi perhatian netizen, ‘semua dia boleh masuk, layan’

Selepas bermain bola sepak dan ragbi sebelum ini, Menteri Besar Kedah itu menunjukkan skil dalam kabbadi bersama komuniti India di Sungai Bakap hingga mendapat pujian ramai

1:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan sahaja aktif berbasikal tetapi lincah bermain bola sepak.

Namun video terbaru memaparkan Menteri Besar Kedah itu bermain permainan tradisional masyarakat India, kabaddi yang tular di TikTok mendapat perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video oleh @Phan.fizs5, Sanusi dilihat lincah dan bertenaga bermain kabaddi bersama komuniti India di Sungai Bakap, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rata-rata netizen memuji kebolehan dan semangat kesukanan dimiliki Sanusi yang tidak kekok bermain permainan tradisional tersebut bersama-sama penduduk setempat.

@phan.fizs5

Seba boleh ..

♬ Vaathi Kabaddi (From "Master") – Vidyasagar & Anirudh Ravichander & Maran & Jayamoorthy

“Semua dia boleh masuk, layan. Rakyat lebih sayangkan dia. Terbaik MB (Menteri Besar) Kedah kita,” kata @TheRockerz.

“Wow pandai MB main game (permainan) tradisional India, aku pun tak tahu peraturan permainan ini macam mana,” kata @DinTintedTrivia.

“Walaupun saya bukan orang Kedah tapi saya suka dan hormat dengan Menteri Besar Kedah. Menteri serba boleh dalam semua acara sukaneka, tak kira bangsa,” kata @Aishah.

Video yang dimuat naik sejak semalam itu menjadi tular dan mendapat lebih 350,000 tontonan dengan 8,000 tanda suka daripada warga net yang terhibur dengan semangat kesukanan ditunjukkan Sanusi.

Kemampuan Sanusi bermain dalam pelbagai jenis sukan mengujakan orang ramai, termasuk mereka yang bukan berasal dari Kedah. – Gambar FB Muhammad Sanusi Md Nor, 6 Julai, 2024

Untuk rekod, kabaddi merupakan sukan tradisional berasal dari India Selatan, dimainkan tujuh hingga 12 orang di dalam gelanggang, ditandakan dalam ruang sisi empat.

Kemudian, setiap pemain perlu mengambil tempat dengan menghantar penyerang ke dalam bahagian pihak lawan untuk mendapatkan mata dengan menarik pasukan lawan.

Ia mengambil masa selama 20 minit untuk setiap pusingan perlawanan. – 6 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Jana Wibawa: Muhyiddin’s trial continues as appeals court rejects bid to reinstate acquittal

Five-judge panel dismisses Bersatu president’s application to review findings which led to four charges related to RM232.5 mil in bribes being reinstated in Feb

Related