◉ HEADLINES

Pemandu pakai baju-T logo PDRM langgar peraturan lalu lintas bukan pegawai polis

Siasatan awal mendapati baju dipakai pemandu terbabit diperoleh semasa mengikuti acara larian anjuran PDRM di Shah Alam

3:26 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan lelaki memakai baju-T tertera logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang meletak kenderaan di kawasan larangan di Jalan PJU8/8, Damansara Perdana di Petaling Jaya pada 3 Julai lalu bukan seorang pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial yang tular semalam.

“Dalam hantaran itu, terdapat dua gambar serta satu rakaman video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki memakai baju-T tertera logo PDRM yang didakwa meletakkan kenderaan di kawasan larangan.

“Siasatan lanjut dilakukan mendapati kejadian itu berlaku jam 8.30 pagi pada 3 Julai lalu semasa pemandu kereta Volkswagen Polo Hatchback sedang menurunkan isterinya yang berkerja di bangunan berhampiran lokasi terbabit.

“Difahamkan pemandu itu dimarahi oleh seorang pengguna jalan lain kerana menurunkan penumpang di kawasan garisan tidak boleh berhenti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati baju dipakai pemandu terbabit diperoleh semasa mengikuti acara larian anjuran PDRM di Shah Alam.

“Kami sedang mengesan pemandu kereta berkenaan serta individu yang membuat hantaran itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya tidak melulu menuduh dan memfitnah mana-mana pihak termasuk pihak penguat kuasa tanpa keterangan sahih.

“Mana-mana individu atau pihak yang sengaja mengeluarkan sebarang kenyataan fitnah boleh dituduh mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya. – 8 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related