HEADLINES

PAS juga tidak akan kerjasama dengan Umno selagi Zahid Presiden: Tuan Ibrahim

Malah, katanya, kedudukan Ahmad Zahid dianggap membantu mendorong ahli Umno memilih PN

2:24 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS juga tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno selagi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi masih menjadi Presiden parti berkenaan.

Itu tegas Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan parti Islam terbabit, selagi Tan Sri Abdul Hadi Awang menjadi Presidennya.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, kedudukan Ahmad Zahid dianggap membantu mendorong ahli Umno memilih Perikatan Nasional (PN).

“Ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Ahmad Zahid tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi mana Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi menjadi Presiden PAS, dengan tegas saya katakan bahawa PAS juga tidak akan menjalin kerjasama selagi Ahmad Zahid masih Presiden Umno.

“Saya yakin selagi mana Ahmad Zahid memimpin Umno, ia membawa kebaikan kepada kami (PAS) kerana membantu menarik ahli Umno kepada Perikatan Nasional (PN), bahkan beliau menjadi liabiliti kepada kerajaan PH-BN,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, Hadi sudah mengangkat kejayaan besar PAS dalam sejarah perjuangan parti.

“Ia petanda Tuan Guru berada di atas laluan tepat; bahkan Presiden PAS terus istiqamah di atas dasar penyatuan ummah dan panduan Ilahi.

“Kita bersatu di atas kebaikan dan taqwa, tidak bekerjasama dalam mendukung kebatilan serta dosa,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, keputusan pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap adalah signal jelas bahawa PN mampu menghadapi pilihan raya umum ke-16 (PRU-16) dengan kekuatan dimiliki PN sendiri.

“Penolakan terhadap Kerajaan Madani yang menyusahkan rakyat oleh pengundi Melayu termasuk akar umbi Umno, bahkan Cina dan India dalam PRK (Sungai Bakap) kali ini amat jelas,” katanya.

Semalam, Ahmad Zahid dalam ucapannya di sebuah program di Kuala Kangsar menegaskan, Umno tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Hadi memegang jawatan Presiden parti itu.

Menurutnya, ia kerana Hadi dianggap tidak konsisten dengan keputusan yang sudah dipersetujui dalam perbincangan secara bersemuka.

“Saya pernah berbincang empat mata dengan Abdul Hadi. Hari ini depan-depan setuju. Namun, keesokannya dia tukar. Setuju-setuju kemudian di belakang dia tukar kembali. PAS ini berbohong dari dahulu sampai sekarang,” katanya. – 9 Julai, 2024

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related