◉ HEADLINES

Tutup premis judi: Sanusi pertahan keputusan ‘yang menentang jawab dengan Tuhan’

Kerajaan negeri akan menggunakan saluran perundangan dalam mempertahankan keputusan menutup premis judi di Kedah

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sedih dengan tindakan pihak yang menentang keputusan kerajaan negeri untuk tidak lagi meluluskan lesen premis judi di negeri itu.

Sanusi berkata, sebagai pemimpin, beliau hanya melaksanakan tanggungjawab dan tuntutan agama di negeri ini untuk mengharamkan judi.

“Kerajaan negeri berpegang pada pendirian amar makruf nahi mungkar selain melaksanakan perintah agama yang selari dengan tuntutan Allah SWT.

“Saya sudah laksanakan peranan saya dan tetapkan pendirian selari dengan perintah Tuhan. Sesiapa yang terbabit itu, jawab dengan Tuhan dulu. Dia ingat lepas di dunia, akhirat pun tak lalu.

“Saya telah buat dalam bidang kuasa saya, saya telah laksanakan perintah Tuhan ke atas saya. Setiap manusia dihantar ke dunia ada tanggungjawab sebagai khalifah.

“Saya amat sedih. Ada lagi ruang dalam negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi, bila dilaksanakan satu tuntutan besar dalam Islam, boleh dicaras macam itu saja,” katanya pada sidang media di Alor Setar hari ini.

Biarpun kecewa, Sanusi berharap masih ada ruang dalam perundangan untuk memastikan dasar tersebut dapat dikekalkan.

“Nak lawan pasai apa? Kita buat elok dah. Semua itu bawa kebaikan. Ada pahala masing-masing. Yang melawan pun ada dosa masing-masing. Saya hanya laksanakan tanggungjawab saya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri akan menggunakan saluran perundangan dalam mempertahankan keputusan menutup premis judi di negeri ini.

“Setakat ini notis rayuan telah difailkan ke Mahkamah Rayuan oleh Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah pada 24 Jun lalu.

“Notis permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi juga telah difailkan pada 4 Julai.

“Semakan kehakiman telah dibuat oleh operator-operator syarikat perjudian dan telah diterima oleh mahkamah. Ini bermakna keputusan Kedah dianggap terbatal dengan keputusan tersebut.

“Berikutan keputusan kes larangan pembaharuan lesen judi itu, kita kemuka dua notis tersebut untuk mohon tangguh sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu membenarkan permohonan semakan kehakiman dibuat bagi menghalang tindakan kerajaan negeri mengharamkan aktiviti perjudian berlesen.

Pada 14 November 2022, Sanusi mengumumkan kerajaan negeri tidak lagi meluluskan lesen judi, selain mengehadkan penjualan arak di semua premis terutama di kawasan luar bandar negeri ini.

Pada 1 Januari tahun lepas, keputusan itu dikuatkuasakan menyebabkan semua premis perjudian dan loteri tidak lagi dibenarkan beroperasi di Kedah. – 10 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

RM5.98m in fines issued to employers over illegal workers since early 2026

Malaysia’s Immigration Department ramps up enforcement against employers, issuing nearly RM6 million in fines within two months as part of a broader push to curb illegal employment and reduce migrant inflow

Jho Low is now ‘Constantinos Achilles’, lives luxuriously in Shanghai: US reporters

The former playboy financier linked to 1MDB scandal is allegedly using a fake Aussie passport to move around China

12 hours on the road no guarantee for liveable wages, say several food delivery riders

Long working hours and cut-throat remuneration structure have been a bane for food delivery riders recently with some considering to leave their current service platform for another – or find a new job altogether.

◉ Related