◉ HEADLINES

Tingkat tiga bangunan SM Sains Alam Shah musnah terbakar

Bomba berkata tingkat tiga bangunan berkenaan antara lain turut menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain

11:05 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada 4.15 pagi.

“Susulan itu, sebanyak 44 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Cheras dan BBP Sentul bersama tujuh jentera serta sebuah ambulans dikejarkan ke lokasi,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan tingkat tiga bangunan berkenaan antara lain turut menempatkan bilik guru, bilik mesyuarat, bilik fail, makmal dan beberapa bilik lain.

“Kebakaran itu berjaya dikawal pada 5.08 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada 6.18 pagi,” menurut kenyataan itu.

Tiada mangsa terlibat, manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. – 10 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related