◉ HEADLINES

Mayat wanita ditemui di tepi jalan dengan kesan tembakan

Wanita terbabit dipercayai warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dijalankan

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita dengan kesan tembakan di badan ditemukan dalam keadaan terbaring di Durian Burung, Padang Terap, Kedah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar berkata, mayat wanita berusia lingkungan 30-an dipercayai warga Thailand itu ditemukan orang awam di tepi jalan lama di kawasan berkenaan.

Menurutnya, polis menerima laporan penemuan mayat mangsa daripada orang awam pada jam 7 malam, sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, wanita terbabit dipercayai warga Thailand, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya seperti dilaporkan media.

Mulkiaman berkata, mayat wanita itu kemudian di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Katanya, polis kini sedang giat mengesan suspek kes terbabit yang melarikan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Manakala, Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh dijangka mengadakan sidang media berhubung insiden terbabit dalam masa terdekat bagi memberi maklumat lanjut. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

◉ Related