◉ HEADLINES

PH-BN perlu bincang segera pembahagian kerusi hadapi PRU16: Umno Kedah

Langkah itu bagi memberikan peluang kepada semua parti kerajaan untuk fokus dalam mengetengahkan calon masing-masing

2:42 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno Kedah mencadangkan supaya parti dalam Kerajaan Perpaduan mengadakan perbincangan segera mengenai pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Penerangannya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pimpinan politik dalam Kerajaan Perpaduan perlu memberi indikasi jelas tentang soal pembahagian kerusi.

“Perbincangan perlu dibuat sekarang agar parti tertentu dapat beri fokus dan pertimbangan tertentu.

“Calon perlu dikenal pasti lebih awal secara dalaman. Umno dan Barisan Nasional (BN) bersama dengan komponen Kerajaan Perpaduan perlu beri pendedahan agar calon dapat fokus dan menyesuaikan diri dengan pengundi dan isu setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, langkah itu juga bagi memberikan peluang kepada semua parti kerajaan untuk fokus dalam mengetengahkan calon masing-masing.

“Ini kerana, gabungan itu perlu mengakui gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN memberi ancaman besar kepada Perikatan Nasional (PN), lantas persediaan PRU16 memerlukan pendekatan luar biasa.

“Kesimpulannya, pakatan ‘Perpaduan’ harus berani bekerja buat perubahan bagi memperkuat barisan baru. Saya yakin dan percaya kita kena terbuka dan berani mencuba sesuatu yang kontroversi dan luar kotak,” katanya.

Tambah Shaiful Hazizy, memberi contoh ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu, Umno negeri itu tidak diberikan satu kerusi pun di Parlimen Alor Setar.

“Sudah tentunya bagi memelihara keikhlasan bekerjasama adalah sangat sukar dan sulit. (Cadangan) Formula setiap kawasan Parlimen perlu ada sekurang-kurangnya satu kerusi untuk Umno, BN, bagi memberi suntikan baharu untuk jentera kawasan tersebut,” katanya.

Semalam, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Alor Setar meluluskan usul menuntut kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam kawasan itu untuk ditandingi parti berkenaan pada PRU16.

Selain kerusi Parlimen Alor Setar, bahagian berkenaan menuntut satu kerusi DUN, sama ada Suka Menanti atau Alor Mengkudu. – 21 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

HSBC, Public Bank offer interest-free moratorium to families of 54 Malaysians missing in Nepal

MASFIH seeks urgent talks with the Attorney General’s Chambers and Wisma Putra as families mark 50 days since the disaster, seeking financial relief, legal clarity and updates on the verification process

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related