HEADLINES

UiTM dilabel Akademi Aparteid: Polis terima 14 laporan kes artikel Andrew Sia

Jumlah laporan direkodkan setakat jam 6 petang tadi itu, diterima dari seluruh negara

7:41 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menerima 14 laporan berhubung artikel ditulis kolumnis, Andrew Sia yang didakwa melabelkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Akademi Aparteid.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah laporan direkodkan setakat jam 6 petang tadi itu, diterima dari seluruh negara.

Menurutnya, semakan awal polis mendapati artikel itu dimuat naik pada 22 Mei 2024, kira-kira jam 10.30 pagi di ruangan komen portal Malaysiakini.

“Semakan mendapati isu ini timbul susulan daripada Kempen#MahasiswaUiTMBantah” yang diadakan pelajar UiTM Shah Alam pada 14 hingga 15 Mei 2024.

“Profiling kepada SKMM akan dipohon bagi mendapatkan butiran penulis (Andrew Sia) untuk membantu siasatan,” katanya.

Ujarnya, laporan dengan alasan tidak berpuas hati terhadap artikel berkenaan itu, termasuk yang dibuat Ketua Penerangan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Shahrulufti Sharif semalam.

Razarudin berkata, kes itu diklasifikasi di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, dengan dikendalikan pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Izzany Zulkifli.

Terdahulu, Shahrulufti memaklumkan menerusi kenyataan bahawa dia membuat laporan itu mewakili Putra di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 4 petang semalam.

Laporan itu dibuat Shahrulufti atas alasan artikel disiarkan Malaysiakini terbabit, memfitnah UiTM dengan tidak adil yang boleh mencetus kemarahan orang Melayu, selepas Sia menuduh universiti awam (UA) berkenaan mengamal dasar aparteid.

Penulisan Sia bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’ itu mencetuskan ketidakpuasan hati ramai, termasuk Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Menegaskan bahawa aparteid dikatakan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan, Dr Akmal kemudian mendesak Malaysiakini menurunkan artikel itu segera, manakala Sia membuat permohonan maaf.

Manakala, Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, Malaysia mempunyai jumlah institusi pengajian tinggi (IPT), termasuk UA mencukupi untuk semua kaum.

Justeru, katanya, polemik cuba dicetuskan pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab dengan melabelkan UiTM sebagai ‘akademi aparteid’, adalah tidak perlu.

Veteran Umno pula menyifatkan penulisan Sia mengenai UiTM itu sebagai bodoh dan jahil mengenai sejarah pendidikan negara.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, artikel ditulis itu lebih berunsur hasutan dan dikategorikan menyentuh 3R (kaum, agama, raja). – 24 Mei, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Related