HEADLINES

Spekulasi Gerakan tinggalkan PN tidak beri kesan

Ini selepas PAS dan Gerakan mengambil pendirian bertentangan dalam isu syarikat minuman keras menyalurkan dana kepada sekolah vernakular

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Spekulasi Gerakan untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN) tidak menjadi isu besar kerana parti itu sendiri dilihat tidak memberi nilai tambah kepada gabungan berkenaan.

Bercakap kepada Scoop, penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, kekuatan dalam PN sebenarnya lebih banyak datangnya dari PAS.

Mujibu Abd Muis berkata, di sebalik kontroversi yang tengah berlaku ini, sentimen-sentimen seperti ini (dana sekolah Cina) akan memberikan kelebihan (kepada Pas untuk menang mudah di PRK Nenggiri) – Gambar laman web UiTM, 1 Ogos, 2024

“(Parti) Gerakan itu sendiri sebenarnya tidak memberikan apa-apa nilai tambah terutama dalam menarik undi orang bukan Melayu kepada PN, kerana kita lihat lebih banyak kekuatan PN (datang) daripada parti Pas.

“Di sebalik kontroversi yang tengah berlaku ini, sentimen-sentimen seperti ini (dana sekolah Cina) akan memberikan kelebihan (kepada Pas untuk menang mudah di PRK Nenggiri),” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata PN mungkin menggugurkan Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

Ini selepas PAS dan Gerakan mengambil pendirian bertentangan dalam isu syarikat minuman keras menyalurkan dana kepada sekolah vernakular.

Gerakan sebelum ini menyokong pendirian DAP mengenai tindakan sekolah vernakular yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar minuman keras untuk menganjurkan acara mengumpul dana.

Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, isu kontroversi dana sekolah Cina melibatkan syarikat arak tidak seharusnya dijadikan sebagai penanda aras menyatakan terdapat perpecahan dalam parti komponen PN – Gambar laman web UiTM, 1 Ogos, 2024

Parti itu berpendapat ia perlu dilakukan kerana sekolah Cina tidak mendapat dana yang mencukupi daripada kerajaan persekutuan.

Sementara itu, pensyarah kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM, Noor Nirwandy Mat Noordin pula berkata ia merupakan satu perkara biasa sekiranya terdapat perselisihan dan perbezaan dalam mana-mana parti politik.

Menurutnya, isu kontroversi dana sekolah Cina melibatkan syarikat arak tidak seharusnya dijadikan sebagai penanda aras menyatakan terdapat perpecahan dalam parti komponen PN.

“(Dalam parti politik) mencari persamaan ideologi itu yang mustahak (namun) perbezaan pendapat itu bergantung kepada parti-parti komponen itu sendiri.

“Masih terlalu awal kalau nak kata ada bibit-bibit perpecahan sebab ia merupakan perkara biasa dalam parti politik kalau ada perbalahan dalaman dan ia tidak boleh dijadikan sandaran (untuk mengatakan PN bakal berpecah),” katanya. – 1 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Malaysian teen made RM76,000 selling child porn as police bust major online abuse ring

Authorities arrest 31 suspects, including six minors and a religious teacher, in nationwide Op Pedo 2.0 raids that uncovered 880,000 exploitative files

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Related