◉ HEADLINES

PRK Nenggiri: Ini medan pertembungan dua sahabat, kata calon Umno

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata, masing-masing ada kelebihan tersendiri biarpun Mohd Rizwadi Ismail berpindah parti dan dipilih sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN)

10:18 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menyifatkan pemilihan itu sebagai medan pertembungan dua sahabat antara beliau dengan pesaingnya daripada Bersatu.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Pemuda Umno Kelantan itu berkata, masing-masing ada kelebihan tersendiri biarpun Mohd Rizwadi Ismail berpindah parti untuk dipilih sebagai calon mewakili Perikatan Nasional (PN)

“Saya tidak ada komen untuk calon Bersatu yang sebelum ini adalah ahli PAS. Ustaz Wadi (Mohd Rizwadi ) itu adalah sahabat saya, saya hormati dia.

“Bagi saya ini adalah pertembungan antara dua sahabat yang mewakili parti masing-masing.

“Ini pertembungan yang sihat bagi menjadi wakil kepada rakyat di DUN Nenggiri. Masing-masing ada kelebihan sendiri,” katanya hari ini.

Terdahulu, bekas wakil rakyat Bersatu, Mohd Azizi Abu Naim mempertikaikan tindakan parti itu menamakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Mohd Rizwadi Ismail sebagai calon Bersatu pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri itu, tindakan tersebut seolah-olah menunjukkan ia strategi lapuk Bersatu yang ketandusan idea untuk memperkasakan parti berkenaan.

Sementara itu, mengulas tumpuan berkempen, Mohd Azmawi berkata, beliau mula ‘bergerak’ menemui pengundi sejak diumumkan sebagai calon Umno.

“Walaupun penamaan calon hanya akan berlangsung 3 Ogos depan, masa yang ada perlu dimanfaatkan sebaiknya.

“Setiap hari saya cuba memasuki sebanyak mana kampung untuk beramah mesra dengan mereka dalam usaha memperkenalkan diri sebagai calon BN,” katanya.

Beliau berkata, penerimaan penduduk setakat ini sangat memuaskan kerana kebanyakan mereka sudah mengenalinya.

“Namun saya akui PRK Nenggiri tidak boleh dipandang remeh, sebaliknya saya perlu bekerja kuat dengan dibantu jentera BN dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan. – 4 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

◉ Related