HEADLINES

Media jangan main ‘petik’ sumber tak sahih demi kejar berita sensasi, kena lebih bertanggungjawab: Ketua Polis Negara

Perkembangan pesat teknologi menyebabkan timbul persaingan, namun keadaan itu seharusnya tidak melangkaui sempadan etika kewartawanan

8:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua pihak, khususnya pengamal media supaya lebih bertanggungjawab dengan mengelakkan daripada menyiarkan berita yang tidak diketahui atau diragui kesahihannya.

Beliau berkata, perkembangan pesat teknologi menyebabkan timbul persaingan, sekali gus mendorong media menyiarkan laporan semasa secara lebih pantas.

Namun, katanya, keadaan itu seharusnya tidak melangkaui sempadan etika kewartawanan.

“Perkembangan teknologi menyebabkan wujudnya pelbagai media termasuk portal, sehingga mungkin berlaku persaingan siapa keluar berita dahulu atau sebagainya.

“Bagaimanapun, kita menasihatkan orang ramai, terutama pihak media bagi memastikan berita dilaporkan daripada pihak berkaitan membabitkan sesuatu isu, bukannya memetik sumber yang tidak tahu sahih atau tidak,” katanya menerusi kenyataan.

Razarudin berkata, perkara terbabit banyak berlaku kebelakangan ini, mengambil contoh kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.

Malah, terbaharu ia membabitkan isu laporan sebuah portal berita berhubung perubahan jawatan membabitkan beberapa nama besar dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), sehingga menyaksikan polis membuka kertas siasatan.

Pada 17 Julai lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan pernah memberi amaran keras kepada semua pihak, termasuk media supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan melangkaui siasatan pihak polis, berkait dengan mana-mana kes sedang disiasat.

Katanya, amaran itu termasuk membabitkan kes penemuan mayat Nur Farah Kartini pada 15 Julai lalu.

Hussein berkata, kes wanita berusia 25 tahun itu yang ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang Hulu Selangor menyaksikan pelbagai spekulasi tidak benar dikeluarkan, sehingga menimbulkan kekeliruan.

“Pihak polis menasihatkan kepada semua pengamal media dan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan mana-mana kes yang masih dalam siasatan.

“Mereka juga dinasihatkan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes,” katanya.

Menurutnya, mana-mana orang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian atau penyebaran maklumat palsu, jelik serta mengancam.

“Mereka (pelaku) boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya. – 8 Ogos, 2024

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related