◉ HEADLINES

Pasukan petugas khas ditubuhkan bincang kawal selia, penguatkuasaan media sosial: Fahmi

Pasukan itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara

3:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pasukan petugas khas akan ditubuhkan pada minggu hadapan bagi membincangkan berkenaan aspek pengawalseliaan dan penguatkuasaan platform media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pasukan itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.

Fahmi berkata perkara itu diputuskan selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din tiga hari lepas.

“Polis memerlukan bantuan teknikal MCMC untuk pemeliharaan data dan pemprofilan, jadi insya-Allah dalam beberapa hari ke depan kita akan bentuk pasukan petugas khas untuk benar-benar memahami apa masalah yang dihadapi oleh DPP (Timbalan Pendakwa Raya).

“ … contoh berkait kertas siasatan isu deepfake (palsu tulen) yang terlalu baharu dan mungkin perlu kerjasama untuk kita fahamkan pembuktian dan mengumpulkan data secukupnya untuk bawa ke mahkamah. 

“Aspek pendakwaan ini sangat penting untuk elak daripada masalah yang berlaku hari itu … akhirnya ada seorang individu yang dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan denda RM100 dan saya sangat tak puas hati dengan apa yang berlaku, tetapi kita akur bahawa mungkin cara siasatan itu kita boleh tambah baik dan ini yang kita putuskan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada PR Puspa, ibu kepada pempengaruh media sosial mendiang A. Rajeswary atau dikenali sebagai Esha di kediamannya di Bandar Baru Ampang hari ini. 

Bernama sebelum ini melaporkan Esha ditemukan meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak di sini pada 5 Julai lepas, sehari selepas membuat satu laporan polis berhubung buli siber yang dihadapinya.

Bagi menangani kes buli siber, Fahmi berkata kementerian khususnya MCMC sedang berusaha untuk memastikan proses pelesenan platform media sosial berjalan lancar dan dapat dilaksanakan menjelang 1 Januari tahun depan. 

“Kita lihat umumnya mereka yang terlibat dalam buli siber berselindung di bawah akaun palsu dan kita nak pastikan pada masa depan, keberadaan akaun palsu ini dapat dikurangkan atau dihapuskan semua sekali. 

“Umumnya, setelah saya bertemu dengan pihak X dan Meta, TikTok dan WeChat di Singapura tempoh hari, mereka nyatakan kesediaan untuk dilesenkan dan kita sedang teliti beberapa panduan dan dari 1 Ogos hingga hujung tahun ini, MCMC akan bertemu dengan semua pihak berkepentingan termasuk paltform media sosial untuk membangunkan satu kod, tatacara dan tatakelakuan bagi platform media sosial,” katanya. 

Fahmi berharap dengan pelesenan itu, platform media sosial pada masa hadapan mempunyai kewajipan menjaga dan lebih bertanggungjawab seterusnya bertindak sekiranya berlaku insiden buli siber, sebaran ajaran sesat, fahaman ektremis atau jualan barang larangan seperti dadah serta judi dalam talian. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

◉ Related