◉ HEADLINES

Tak ikut acuan Nenggiri, PRK DUN Mahkota berbeza landskap politik: Ahmad Zahid

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, DUN Mahkota mempunyai kira-kira 66,000 pengundi dan berbeza profil. Ada juga lebih 4,000 pengundi tentera serta 400 polis

4:31 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan Umno dijangka tidak akan menggunakan acuan sama seperti Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bagi menghadapi PRK Mahkota, Kluang, bulan depan.

Pengerusi BN yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik di DUN Mahkota berbeza dari segi pendekatan dan demografi selain terdiri jumlah pengundinya yang agak besar.

“DUN Mahkota mempunyai kira-kira 66,000 pengundi dan berbeza profil. Ada juga lebih 4,000 pengundi tentera serta 400 polis.

“Kita tahu bahawa pengundi di DUN Mahkota terdiri anak muda berusia 39 tahun ke bawah dan ia komposisi umur yang cukup besar meliputi 52 peratus.

“Sudah tentu ia memerlukan penyelarasan Pusat dan saya yakin kekuatan jentera di Johor selain kombinasi antara Pusat, negeri dan bahagian akan memperkukuhkan jentera yang akan bergerak di sini,” katanya kepada media di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor hari ini.

Mengulas mengenai calon BN di DUN Mahkota, Ahmad Zahid berkata, senarai calon sudah diterima namun belum disenarai pendek.

“Kita akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan peringkat negeri dan bahagian, kita harus menghormati hierarki dalam membuat keputusan.

“Saya sangat menghormati calon disenarai pendek berdasarkan boleh menang, mudah diterima dan kriteria ini akan diguna pakai untuk memilih calon DUN Mahkota,” katanya.

Selain itu katanya, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Mahkota manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Datuk Seri Ahmad Maslan, timbalannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini menetapkan hari pengundian bagi PRK Dun Mahkota pada 28 September ini, manakala penamaan calon dan pengundian awal pula pada 14 dan 24 September ini.

DUN Mahkota kosong selepas penyandang Datuk Sharifah Azizah Syed Zin meninggal dunia pada 2 Ogos lalu. – 18 Ogos, 2024

Topics

 

◉ Hangat

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

◉ Related