HEADLINES

Isu sijil halal: Kertas siasatan Teresa Kok dijangka dirujuk ke Pejabat Peguam Negara esok

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah memanggil saksi-saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan

7:54 PM MYT

 

KUANTAN – Kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya mengenai isu pensijilan halal dijangka dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah memanggil saksi-saksi termasuk Teresa bagi merakam keterangan untuk melengkapkan siasatan.

“Dalam masa dua hari mungkin esok kita akan hantar ke AGC (Pejabat Peguam Negara),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di sini hari ini.

Razarudin sebelum ini dilaporkan berkata polis telah menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa setakat 12 tengah hari semalam.

Sementara itu, berhubung dakwaan kerabat diraja Pahang bersama sekumpulan individu menyerang seorang lelaki di sebuah kandang Kuda di Kuantan di sini, dalam kejadian pada Jun lalu, beliau berkata pihaknya masih melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan semula kepada pejabat Peguam Negara.

“Kertas siasatan itu telah dipulangkan untuk siasatan lanjut, kita juga telah mengambil tindakan dan mungkin dalam tempoh tiga hingga empat hari siasatan selesai dan kita akan serahkan semula untuk tindakan selanjutnya, “ katanya.

Media baru-baru ini melaporkan seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata.

Akibat serangan itu, lelaki itu dilaporkan cedera di paha dan menerima beberapa jahitan serta luka di bahagian kaki. – 11 September, 2024

Topics

 

Hangat

Duck and cover? FashionValet bought Vivy’s 30 Maple for RM95 mil in 2018

Purchase of Duck's holding company which appears to be owned wholly by Datin Vivy Yusof and husband Datuk Fadzarudin Shah Anuar was made same year GLICs invested RM47 mil

Ex-national basketball player arrested for alleged sexual harassment against students

Cheras top cop confirms source's claims, says 36-year-old suspect also has multiple simillar reports lodged against him before; source questions why MoE allowed him to teach

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Related