◉ HEADLINES

Bincang, teliti rayuan untuk serah tanah adat kepada penduduk di Tambisan: Anwar

Menurut Anwar, perubahan kerajaan dan penantian puluhan tahun oleh penduduk untuk mendapatkan kembali hak tanah adat mereka telah didengar oleh kerajaan Madani

5:45 PM MYT

 

LAHAD DATU – Kerajaan Persekutuan dan negeri, serta Felda, akan mengadakan perbincangan bersama untuk meneliti rayuan mengenai penyerahan semula tanah adat di Tambisan kepada penduduk terlibat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sendiri telah memaklumkan kepadanya tentang rayuan daripada penduduk untuk mengembalikan tanah adat milik mereka.

“Ada sekitar 400 ekar (161.87 hektar) di Tambisan yang melibatkan Felda. Saya akan minta Felda untuk segera berunding dengan kerajaan negeri.

“Saya setuju untuk serah balik setelah dibuat ukuran teliti oleh kerajaan negeri dan saya minta juga Felda,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di sini hari ini.

Menurut Anwar, perubahan kerajaan dan penantian puluhan tahun oleh penduduk untuk mendapatkan kembali hak tanah adat mereka telah didengar oleh kerajaan Madani.

“Kalau saya umum hari ini, seperti saya sebut di Kota Kinabalu, saya tidak mahu ia berlarutan selama enam bulan kemudian. Hari ini umum, minggu depan patut mula kerja, dan dalam tempoh satu hingga dua bulan tanah adat di Tambisan harus diselesaikan,” katanya.

Anwar dalam pada itu turut meluluskan penubuhan sebuah pusat dialisis di Felda Sahabat bagi memenuhi keperluan penduduk sekitar.

Katanya keperluan keseluruhan rakyat Sabah telah dibincangkan dengan kerajaan negeri, termasuk masalah tenaga elektrik serta bekalan air.

“Hal ini memerlukan peruntukan besar daripada kerajaan Persekutuan, jadi janganlah dengar hasutan yang bangkang (menentang) ini. Kalau nak selamat rakyat Sabah, maka kerjasama baik antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan adalah penting,” katanya. – 12 September, 2024

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related