HEADLINES

Pasangan pempengaruh Alif Teega, Aisyah didakwa salah guna wang derma lebih RM1.52 juta

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan

2:18 PM MYT

 

SHAH ALAM – Pempengaruh media sosial Mohd Hazalif Mohd Hazani yang turut dikenali sebagai Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 10 pertuduhan salah guna wang derma berjumlah lebih RM1.52 juta sejak Mei 2021 hingga Julai lepas.

Pasangan berusia 30 dan 26 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

“Faham pertuduhan, mohon dibicarakan,” kata Mohd Hazalif dan Aisyah Hijanah ketika diminta membuat pengakuan secara berasingan di hadapan hakim.

Mengikut kesemua pertuduhan, mereka didakwa telah mencapai niat bersama untuk secara tidak jujur menyalahgunakan wang tunai berjumlah RM1,526,372.16 juta, yang mana wang tersebut antaranya bagi tujuan infak kurma, infak al-Quran, infak pek makanan bagi fakir miskin di Mekah dan Madinah, bantuan banjir di Kelantan dan Terengganu serta set pakaian raya untuk anak yatim.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank dan CIMB Bank di Seksyen 8 dan 9 Bandar Baru Bangi antara 11 Mei 2021 hingga 2 Julai 2024.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Awang Kerisnada membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM50,000 dengan syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu pertama setiap bulan. 

“Memandangkan tertuduh pertama telah menyerahkan pasport kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat lalu, maka tertuduh kedua iaitu Aisyah Hijanah perlu menyerahkan dokumen perjalanan sama kepada mahkamah di sini, hari ini. 

“Kedua-dua tertuduh juga tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi,” kata Awang Kerisnada yang kemudiannya menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala pasangan itu diwakili peguam Mohd Shahrullah Khan.

Pada Jumaat lepas, Mohd Hazalif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan penyalahgunaan wang berjumlah RM63,605.48 yang diperoleh daripada kutipan dua program infak pada April dan Jun tahun ini. – 23 September, 2024

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Related