HEADLINES

Nai’mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta

Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai’mah mempunyai merit

7:52 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid, isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, memperoleh penangguhan sementara terhadap perintah agar beliau membayar tunggakan cukai pendapatan sebanyak RM313.82 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sementara menunggu rayuan.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Supang Lian, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Dr Choo Kah Sing, yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai’mah mempunyai merit.

Pada 18 Oktober lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Nai’mah atas alasan tiada keadaan luar biasa yang mewajarkan penangguhan dan LHDN mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan kutipan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pendengaran rayuan bagi kes itu belum ditetapkan.

Nai’mah, 67, memohon penangguhan sementara itu sehingga selesai permohonannya untuk semakan kehakiman terhadap notis LHDN bagi cukai tambahan berhubung tahun taksiran 2018.

Pada 13 Ogos lepas, beliau mengemukakan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan tuntutan LHDN bagi pembayaran tunggakan cukai itu. 

Dalam afidavit sokongannya, Nai’mah mendakwa taksiran cukai terhadapnya adalah berdasarkan tuntutan tidak berasas melebihi RM700 juta dalam dakwaan pendapatan tidak diisytiharkan pada 2018 yang disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beliau juga mendakwa responden telah gagal membayar balik cukai sebanyak RM3.807 bilion yang terhutang kepadanya dari 2017 dan sebelum itu. 

Terdahulu, peguam S. Saravana Kumar yang mewakili Nai’mah berhujah bahawa meskipun anak guamnya sanggup membayar cukai namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana akaun banknya telah dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau berkata jika penangguhan itu tidak dibenarkan, LHDN boleh mengambil tindakan sivil terhadap Nai’mah untuk menuntut wang tersebut dan anak guamnya mungkin tertakluk kepada prosiding kebankrapan.

Peguam Kanan Persekutuan daripada LHDN Mohamad Hafidz Ahmad pula berhujah bahawa tiada keadaan khusus yang mewajarkan mahkamah membenarkan permohonan Nai’mah untuk mendapatkan penangguhan sementara.

Mahkamah Tinggi menetapkan 12 Feb 2025 untuk mendengar permohonan Nai’mah bagi kebenaran memulakan semakan kehakiman. – 28 Oktober, 2024

 

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related