HEADLINES

Inspektor Sheila bebas tuduhan aib peguam

M. Manoharan, yang mewakili Sheila Sharon Steven Kumar berkata, mangsa yang juga saksi pendakwaan pertama, P. Taneswaran, tidak mahu meneruskan kes tersebut

7:04 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai polis wanita dikenali ramai sebagai ‘Inspektor Sheila’ dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas tuduhan mengaibkan kehormatan seorang peguam lelaki, tahun lepas.

Peguam M. Manoharan, mewakili Sheila Sharon Steven Kumar, 36, berkata Majistret Nur Hafizah Rajuni membebaskan anak guamnya selepas mangsa yang juga saksi pendakwaan pertama, P. Taneswaran, 41, memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak mahu meneruskan kes tersebut.

“Saksi itu memaklumkan perkara tersebut semasa memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes, hari ini,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Prosiding itu turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Azmal.

Pegawai polis wanita itu didakwa menghina kesopanan Taneswaran dengan berkata: “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu,” di No. 8, Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini, pada pukul 1 tengah hari, 15 Jun 2023.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, Sheila masih berdepan dua lagi kes iaitu menyebut pangkat lans koperal dengan cara yang tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya di lokasi dan tarikh yang sama, pada pukul 1.25 tengah hari, 15 Jun tahun lepas.

Dia juga didakwa mengugut seorang warga emas, M. Silverkoomarie, 70, dengan niat mendatangkan kegentaran kepada mangsa pada pukul 12 tengah hari di tempat dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – 11 November, 2024

Topics

 

Hangat

Haze returns: API exceeds 150 in Nilai, Seremban, Johan Setia

Including Kuantan, four areas recorded unhealthy air quality as of 10am

Malaysia Airlines, SIA join rush to cancel Middle East flights as Iran-US-Israel strikes escalate

More countries announce airspace closures as carriers suspend flights on Feb 28 and March 1, passengers reminded to check for updates on subsequent flights

Family clings to hope as Malaysian firefighter missing in Nepal

Relatives of JBPM officer Mohd Fakhrul Munir, better known as Loe, refuse to give up hope after flash floods in Nepal cut off his climbing group en route to Everest Base Camp

Related