HEADLINES

Cadang naik harga makanan 5%: KPDN panggil persatuan restoran mamak di Johor

Ada pihak yang membuat pengumuman kenaikan harga tetapi setelah dipanggil dan diminta penjelasan didapati alasan tersebut tidak relevan

8:27 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor akan dipanggil esok bagi memberi penjelasan berhubung cadangan persatuan itu untuk menaikkan harga makanan sekurang-kurangnya lima peratus mulai tahun hadapan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pihaknya sudah mengeluarkan notis kepada persatuan berkenaan untuk menjelaskan sebab cadangan kenaikan harga itu mengikut Seksyen 21.2 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. 

“Oleh kerana persatuan ini baru sahaja membuat pengumuman untuk tahun hadapan, kita bertindak proaktif kerana kita tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) Perkongsian Data Harga antara KPDN bersama Mydin dan Redtick di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kira-kira 300 pengusaha restoran India Muslim atau mamak di Johor mengadu kos operasi mereka terus meningkat dan pelaksanaan gaji minimum mulai tahun hadapan dijangka melonjakkan lagi kos operasi. 

Justeru, pengusaha restoran mamak dijangka menaikkan harga makanan di premis mereka bermula lima peratus, mulai tahun hadapan.

Mengulas lanjut, Armizan memberi contoh sebelum ini melalui Ops Kesan 2.0, KPDN telah mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan berikutan penyasaran subsidi diesel dan kenaikan SST. 

“Ada pihak yang membuat pengumuman kenaikan harga tetapi setelah dipanggil dan diminta penjelasan didapati alasan tersebut tidak relevan. 

“Contohnya, sektor pembinaan mendakwa kenaikan harga disebabkan oleh penyasaran subsidi diesel, sedangkan sektor ini sebenarnya tidak layak untuk menggunakan diesel bersubsidi,” katanya. 

Justeru, beliau berkata pihaknya mengeluarkan notis dan mengambil tindakan di bawah Ops Kesan 2.0 untuk memastikan kenaikan harga hanya dibuat berdasarkan kos sebenar yang relevan. – 13 November, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

Solat Jumaat di pusat beli-belah: Zulkifli galak negeri lain turut serta

Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan mengalu‑alukan negeri lain mencontohi Wilayah Persekutuan yang sudah mula laksana solat Jumaat di pusat beli‑belah, sambil merancang perluasan ke terminal, lapangan terbang dan R&R lebuh raya

Related