HEADLINES

BN perlu penjenamaan semula untuk raih sokongan rakyat: Zahid

Pendekatan 'brand humanization' contohnya boleh memperkukuhkan usaha ini dengan menunjukkan sisi BN yang lebih mesra dan manusiawi

8:07 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) perlu menjenamakan semula parti berkenaan dalam usaha mengukuhkan kembali sokongan rakyat kepada BN.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata langkah itu perlu dilaksanakan termasuk elemen mentakrif dan menyusun semula parti berkenaan.

“Dengan pendekatan proaktif, inklusif dan inovatif, BN mesti membina semula identitinya sebagai kuasa dinamik dalam politik Malaysia dengan naratif yang sesuai dengan kehendak zaman.

“Penjenamaan semula BN mesti mencerminkan transformasi selari dengan cabaran semasa.

“Pendekatan ‘brand humanization’ contohnya boleh memperkukuhkan usaha ini dengan menunjukkan sisi BN yang lebih mesra dan manusiawi,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Merdeka, WTCKL di sini, hari ini.

Zahid turut berkata BN yang terdiri daripada parti komponen MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga perlu memanfaatkan teknologi terkini dalam menyantuni rakyat berbanding cara tradisional sebelum ini.

“Dahulu, pendekatan kita lebih tertumpu pada cara tradisional dalam menyantuni rakyat dan sekarang, BN perlu berubah menjadi parti berasaskan data, memanfaatkan teknologi terkini untuk memahami sentimen serta corak pemikiran rakyat.

“Kesesuaian strategi, gerak kerja dan tindakan perlu mengikut kepada acuan masyarakat yang rencam dan pelbagai.

“Kejayaan pilihan raya (kecil) BN semasa di (Dewan Undangan Negeri) Nenggiri dan Mahkota juga adalah tindakan tepat mengikut kehendak rakyat… jadi kita (kena) susun sebaiknya, kenal pasti calon berpotensi lebih awal,” katanya.

Majlis sambutan Jubli Emas BN itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Turut hadir, Pengerusi MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Timbalan Pengerusi MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Arthur Joseph Kurup. – 7 Disember, 2024

Topics

 

Hangat

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Govt has settled RM42bil of 1MDB debt, total obligations exceed RM50bil: Anwar

Anwar reveals over RM9 billion in remaining debt, with government funds covering the shortfall

3 senior Telekom Malaysia officers charged in US over US$20m embezzlement scheme

US prosecutors expose a sophisticated, multi-year insider scam at TM’s US subsidiary involving data capacity manipulation, phantom employees, and the use of AI-assisted tools to siphon millions

Related