HEADLINES

Tiada rancangan keluarkan tulisan Cina pada papan tanda Jalan Petaling: DBKL

DBKL berkata, papan tanda yang dipasang di kawasan pusat penjaja Jalan Petaling telah mematuhi garis panduan dan dasar ditetapkan

1:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tidak mempunyai sebarang perancangan untuk mengubah atau mengeluarkan tulisan bahasa Cina pada papan tanda Jalan Petaling.

Menerusi kenyataan hari ini, pihak berkuata tempatan itu juga menafikan dakwaan wujud cadangan menghapuskan tulisan Cina pada papan tanda itu.

“Sehingga kini, pihak DBKL tidak mempunyai sebarang perancangan atau cadangan untuk mengubah atau mengeluarkan tulisan Cina daripada papan tanda berkenaan.

“Dakwaan tersebut tidak benar dan ingin memaklumkan papan tanda yang dipasang di kawasan pusat penjaja Jalan Petaling telah mematuhi garis panduan dan dasar ditetapkan,” katanya.

Tambah DBKL, setiap keputusan berkaitan papan tanda dibuat merujuk Undang-undang Kecil Iklan Wilayah Persekutuan 1982 yang turut mengambil kira aspek warisan, budaya dan keperluan komuniti setempat, selain perlu melalui proses pertimbangan teliti.

“Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan dakwaan tidak berasas ini dan merujuk DBKL untuk mendapatkan maklumat sahih.

“DBKL akan terus komited dalam memastikan Kuala Lumpur kekal bandar raya inklusif serta menghormati kepelbagaian budaya dan warisan semua kaum.”

Terdahulu, media melaporkan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membantah cadangan menggugurkan tulisan Cina pada papan tanda Jalan Petaling selepas Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Ang Say Tee mendakwa wujud rancangan itu daripada DBKL.

Katanya, tulisan Cina itu tidak patut menjadi isu kerana memadai jika ia mematuhi undang-undang sedia ada. – 24 Februari, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

It’s not Big Tobacco, but Big Pharma that’s behind vape ban push: industry leader

Move president warns of harm to public health and legal vape industry if proposed nationwide ban goes ahead

Related