◉ HEADLINES

Anwar mahu kajian had tempoh jawatan PM diteliti lebih mendalam: Fahmi

Sebarang perkara yang terus ke arah pindaan Perlembagaan (Persekutuan) adalah perkara yang perlu diberi pertimbangan yang cukup mendalam

5:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya kajian mengenai had tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun diteliti lebih mendalam.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu disentuh pada mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.

“Hal ini ada dibincangkan, tapi masih di peringkat awal kerana ia adalah proses yang rumit, kompleks dan perlu ada pertimbangan termasuk di peringkat negeri. 

“Sebarang perkara yang terus ke arah pindaan Perlembagaan (Persekutuan) adalah perkara yang perlu diberi pertimbangan yang cukup mendalam.

“Maka Perdana Menteri minta supaya hal ini diteliti dan dikaji secara keseluruhan,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata kelayakan akan hilang apabila berlaku khianat. – Gambar fail Scoop, 19 Mac, 2025

Ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang  berkenaan had tempoh itu, Menteri Komunikasi sekadar berkata, banyak perkara dikatakan Abdul Hadi.

“Hadi Awang mengatakan banyak perkara,” katanya.

Terdahulu Anwar ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-18 Ahad lalu berkata, kerajaan memegang janji melaksana agenda reformasi termasuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

Perdana Menteri menegaskan, proses itu perlu dilaksana dengan rapi dan memerlukan konsensus semua parti serta dua pertiga Ahli Parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pihaknya memcadangkan kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan termasuk menguatkuasakan had dua penggal untuk jawatan Perdana Menteri.

Loke berkata, janji itu terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Namun, Abdul Hadi hari ini menyifatkan cadangan DAP supaya tempoh jawatan Perdana Menteri dihadkan selama 10 tahun sebagai membelakangi ketetapan Allah.

Beliau berkata, ramai yang berlumba-lumba menyokong idea itu namun lupa atau tidak mempedulikan dasar lebih penting bagi mencapai wawasan dunia dan akhirat, yang mewajibkan Islam memimpin negara. – 19 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

79 candidates to fight for 28 seats in Melaka polls

Besides notable incumbents defending their seats such as Melaka CM Datuk Seri Ab Rauf Yusoh and Melaka Pakatan chief Adly Zahari, the Prime Minister’s political secretary Datuk Azman Abidin will contest his maiden election in Paya Rumput

MCA gets four seats in Melaka polls, predicts tough fight in DAP strongholds

Initially given two seats, last-minute negotiations within Barisan Nasional now lands MCA with the staunchly DAP seats of Kota Laksamana and Bandar Hilir

Binance pours US$6.3b to plug 90% of massive cyber heist as regulators circle

Crypto titan Binance has deployed over US$6.3 billion of its own reserves to absorb a colossal cyberattack, pledging full restitution as global securities watchdogs ramp up scrutiny

◉ Related