HEADLINES

Pihak kecam DAP buka tabung mangsa kebakaran Putra Heights disifatkan ‘tidak berakal’: Loke

Lebih baik mencari cara membantu mangsa daripada sibuk mengecam pihak yang membuka tabung untuk memudahkan sumbangan: Loke

3:49 PM MYT

 

SUBANG JAYA — DAP menegaskan tindakan parti itu mewujudkan tabung bantuan kepada mangsa insiden letupan paip gas di Putra Heights adalah atas permintaan orang ramai.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, ia juga bagi memudahkan sumbangan dikumpulkan sebelum penyaluran bantuan dilakukan.

Justeru Menteri Pengangkutan itu menyifatkan tindakan pihak tertentu yang mengecam usaha untuk membantu mangsa kebakaran di Putra Heights sebagai tidak berakal.

“Itu orang tidak ada akal, ini bencana, orang nak bantu pun dia nak kecam. Lebih baik kalau dia ada masa, lebih baik dia cuba fikir bagaimana nak bantu mangsa.

“Kerajaan ada tanggungjawab untuk membantu, begitu juga syarikat swasta, ada tanggungjawab untuk bantu.

“Ramai penyokong tanya macam mana nak bantu. Bukan semua ada keupayaan macam Berjaya ( syarikat besar) ada yang nak derma RM50, RM100, dia nak derma macam mana?.

“Jadi kita buka tabung itu sebab ada permintaaan orang ramai yang bertanya macam mana nak salurkan sumbangan,” katanya kepada media selepas Majlis Bantuan Sumbangan RM3,000 oleh Berjaya Corporation Bhd (BCORP) kepada mangsa kebakaran Putra Heights di sini hari ini.

Hadir sama pengasas BCORP, Tan Sri Vincent Tan.

Terdahulu beberapa pihak menggunakan media sosial untuk mengecam tindakan DAP melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa kebakaran Putra Heights.

Pihak berkenaan mempersoalkan DAP, yang merupakan sebahagian daripada komponen Kerajaan Perpaduan meminta sumbangan daripada rakyat sedangkan cukai-cukai yang dikutip kerajaan boleh digunakan untuk membantu mangsa.

Mengulas lanjut, Loke berkata ada ramai penyumbang perseorangan yang menyampaikan hasrat untuk memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran berkenaan.

“Syarikat besar yang mampu mereka terus bagi kepada mangsa, tetapi ada orang perseorangan yang nak bantu dalam jumlah lebih kecil RM5, RM10 bagaimana nak bantu.

“Dia nak kumpul sekali dengan kita, itu sebab mereka minta kita buka tabung dan kita memudahkan orang ramai.

“Bagi orang yang kecam itu, saya nak beritahu mereka dosa besar kalau kecam orang nak bantu mangsa bencana ini, dosa besar… lebih baik mereka simpan tenaga, fikir cara nak bantu orang, kalau tak nak bantu diam sahaja,” katanya. – 5 April, 2025

Topics

 

Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Related