◉ HEADLINES

Honda Malaysia lantik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan, CEO baharu

Yazaki sebelum ini berkhidmat dengan operasi pentadbiran korporat di Honda Motor Co Ltd, Tokyo, Jepun

3:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia melantik Narushi Yazaki sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 April 2025 menggantikan Hironobu Yoshimura yang meneraju syarikat itu sejak tiga tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Honda Malaysia berkata Yazaki membawa bersama pengalaman beliau selama lebih 25 tahun dengan Honda, selepas memegang peranan kepimpinan utama di beberapa negara termasuk Jepun, Thailand dan Amerika Syarikat.

“Sebelum memegang jawatan terkini beliau dalam Honda Malaysia, Yazaki telah berkhidmat dengan operasi pentadbiran korporat di Honda Motor Co Ltd, Tokyo, Jepun,” katanya.

Yazaki berbangga menerima tanggungjawab ini di Honda Malaysia, yang disifatkan sebagai pasaran yang mempunyai pertumbuhan kukuh dan sumbangan penting kepada jenama Honda di rantau Asia dan Oceania.

“Saya berhasrat untuk membina asas kukuh yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu dan terus memacu pertumbuhan serta kejayaan Honda Malaysia di pasaran yang berkembang pesat ini,” katanya.

Honda Malaysia turut memaklumkan Yoshimura telah menggalas tanggungjawab baharu di ibu pejabat Honda di Tokyo berkuat kuasa pada 1 April 2025.

“Yoshimura memainkan peranan utama dalam mengekalkan kedudukan utama Honda Malaysia dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut dan berjaya memimpin syarikat menerusi persekitaran pascapandemik yang mencabar.

“Honda Malaysia berterima kasih kepada Yoshimura atas dedikasi dan kepimpinannya, yang telah berperanan penting dalam kejayaan berterusan syarikat,” katanya. – 7 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Stop pampering the two-wheeled road ruffians! – Ravindran Raman Kutty

For too long, politics pampered road ruffians. Now their menace has matured into road terrorism — and leaders must stop stroking the tiger

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related