◉ HEADLINES

Polis tak sorok maklumat termasuk kematian dalam insiden Putra Heights: KP Selangor

Ketua Polis Selangor mengesahkan setakat ini polis sudah menerima 675 laporan berkait kejadian letupan terbabit dengan 186 percakapan saksi direkodkan

5:13 PM MYT

 

SUBANG JAYA – Polis menegaskan tidak menyorok sebarang maklumat berkait siasatan insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights termasuk dakwaan berlaku kes kematian.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dakwaan pihak tertentu di media sosial kononnya ada kematian dalam kejadian letupan itu adalah tidak benar.

“Tak benar (ada kematian), kita tak menyorok apa-apa, tidak ada faedah untuk kita sorok, Kalau ada yang ada kematian tampil buat laporan polis

“Setakat ini kita tidak terima apa-apa laporan kematian akibat bencana letupan paip gas ini. Saya juga minta netizen untuk tidak terus risaukan orang ramai,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini polis sudah menerima 675 laporan berkait kejadian letupan terbabit dengan 186 percakapan saksi direkodkan.

“Setakat ini juga kita tidak menerima sebarang laporan kehilangan harta benda, jika ada (kehilangan harta) kita minta pihak berkaitan tampil untuk membuat laporan,” katanya.

Selain itu beliau berkata, sebanyak 270 daripada 437 yang diperiksa selamat untuk diduduki hari ini.

“Bomba juga melakukan pemeriksaan sejumlah 571 kenderaan yang berada dalam radius 325 meter kejadian letupan.

“Hasil pemeriksaan mendapati 88 biji mengalami kerosakan 50%, 332 kerosakan bawah 50% manakala 151 tak terjejas,” katanya.

Selasa minggu lalu, satu kebakaran besar paip gas berlaku di Putra Heights, di sini pada hari kedua Aidilfitri, menyebabkan kemusnahan besar sehingga memaksa sebahagian penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Kebakaran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter yang bermula sekitar jam 8 pagi itu menyebabkan api menjulang tinggi sehingga dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya. – 8 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Inside the Bandar Utama school tragedy: a timeline of the shocking fatal stabbing

A look at the events surrounding the stabbing of a 16-year-old student, with ongoing investigations into the suspect's motives and the role of online violence

Port Klang breaks into world’s top 10 busiest ports with 4.1% growth

Malaysia’s largest port overtakes Hong Kong as container volumes climb to 14.64 million TEUs in 2024

◉ Related