HEADLINES

“Jangan cetus panik dan teori mengenai tahap kesihatan Ahli Parlimen Pulai”: Amanah Johor

Suhaizan, yang dilaporkan dimasukkan ke ICU akibat jangkitan kuman kini berada dalam keadaan stabil

1:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Johor meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah ketegangan berhubung kesihatan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat, yang dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, Suhaizan, yang dirawat di sebuah hospital di Johor Bahru, kini berada dalam keadaan stabil.

Jelasnya, maklumat dan sumber yang diperolehi mengenai keadaan Suhaizan telah menimbulkan panik sehingga mencetuskan pelbagai teori dan persepsi berhubung kesihatan beliau.

“Amanah Johor berharap agar segala persepsi ini dapatlah dihentikan dan kami dari Amanah Johor akan memaklumkan situasi terkini Suhaizan kepada umum.

“Amanah Johor berharap agar tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan YB Suhaizan,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Suhaizan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta, di Johor, malam tadi, selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Berita Harian yang memetik Aminolhuda berkata, keadaan Suhaizan, yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor itu, kini stabil, namun memerlukan pemantauan berterusan selepas paras oksigen dalam badan menurun
.
“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan bacaan oksigen rendah,’’ katanya. – 30 April, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

PIDM: Building resilience to safeguard your deposits

PIDM protects up to RM250,000 per depositor per member bank and up to RM500,000 for takaful and insurance benefits. For health-related insurance, PIDM protects 100% of your healthcare benefits.

Related