◉ HEADLINES

Maserati buat ‘pusingan U’ haram di Linkedua punca penunggang motosikal maut rempuh penghadang jalan

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri berkata kemalangan itu menyebabkan sedikit kekecohan apabila pemandukereta Maserati berkenaan diserang dan dipukul pengguna jalan raya lain menggunakan topi keledar

4:56 PM MYT

 

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 0.6 Lebuhraya Linkedua, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, M.Kumarasan berkata siasatan awal mendapati kejadian kira-kira 7 malam itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Maserati berwarna merah yang dipandu seorang lelaki warga Singapura berusia 27 tahun membuat ‘pusingan U’ di kawasan yang tidak dibenarkan untuk menuju ke Singapura, dan merempuh pembahagi jalan tengah.

Beliau berkata ia mengakibatkan besi penghadang jalan tercabut sebelum memasuki laluan bertentangan dan seorang penunggang motosikal jenis Honda RS berwarna kuning yang melalui kawasan itu kemudiannya telah melanggar besi penghadang berkenaan, sebelum terjatuh ke bahu jalan. 

“Mangsa warga tempatan berusia 31 tahun yang cedera parah di bahagian kepala dan kaki kiri disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Kotak simpanan motosikal mangsa tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar dua motosikal lain, iaitu Yamaha MT-09 berwarna ungu dan Yamaha XMAX 250 berwarna kelabu. Kedua-dua penunggang terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata kemalangan itu menyebabkan sedikit kekecohan di lokasi kejadian apabila pemandu  kereta Maserati berkenaan diserang dan dipukul oleh pengguna jalan raya lain menggunakan topi keledar.

Beliau berkata pemandu kereta berkenaan ditahan selama beberapa bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pejabat Pertanyaan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) atau Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan,” katanya. – 10 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Cops on manhunt for suspects who murdered college student in Cyberjaya

Sepang police confirm incident happened today, involving 20-year-old female victim

◉ Related