◉ HEADLINES

PBT Selangor diarah segera sita iklan produk vape: Jamaliah

Exco Kesihatan Awam negeri berkata, tindakan itu juga susulan mesyuarat penyelarasan baru-baru ini berhubung cadangan mempertimbangkan pengharaman penjualan rokok elektronik (vape) di Selangor

1:46 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor diarah mengambil tindakan segera merampas serta menyita sebarang iklan berkaitan produk vape di mana-mana medium pengiklanan, sama ada fizikal atau digital.

Exco Kesihatan Awam negeri, Jamaliah Jamaluddin berkata, tindakan itu selaras peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852), yang jelas melarang sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan penajaan berkaitan produk merokok elektronik.

Beliau berkata, tindakan itu juga susulan mesyuarat penyelarasan baru-baru ini berhubung cadangan mempertimbangkan pengharaman penjualan rokok elektronik (vape) di Selangor.

“Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam akan mengadakan mesyuarat lanjutan dalam masa terdekat bagi membincangkan pilihan-pilihan dasar yang wajar dipertimbangkan sebelum cadangan akhir dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diputuskan.

“Sementara menunggu keputusan muktamad, mesyuarat telah memutuskan agar semua PBT di Selangor mengambil tindakan segera untuk merampas dan menyita sebarang iklan berkaitan produk vape di mana-mana medium pengiklanan, sama ada fizikal mahupun digital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Jamaliah berkata, Selangor dijangka memuktamadkan keputusan berhubung larangan produk vape atau rokok elektronik dalam tempoh dua bulan.

Katanya, setakat ini, dua mesyuarat diadakan bagi membincangkan perkara tersebut bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan pihak berkuasa tempatan.

“Kita sedang bergerak ke arah pelaksanaan larangan, namun perlu berhati-hati dan mengambil pendekatan menyeluruh.

“Antara cabaran utama yang dikenal pasti ialah penjualan dalam talian tanpa kawalan, produk daripada jenama tidak berdaftar, serta pengeluaran tidak rasmi di kawasan kediaman,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan cadangan melarang penjualan produk vape dan rokok elektronik di Selangor akan dibentangkan pada sidang Dewan Negeri Selangor.

Cadangan itu susulan kebimbangan terhadap isu kesihatan yang semakin meningkat akibat penggunaan vape termasuk laporan mengenai pelajar menghisap vape berhampiran kawasan sekolah.

Sebelum ini, Terengganu mengumumkan larangan penjualan rokok elektronik di seluruh negeri bermula 1 Ogos, manakala Johor telah melaksanakan larangan penjualan dan pelesenan sejak 2016. – 20 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penugasan baharu Shuhaily dalam PDRM belum diputuskan : KPN

Mohd Khalid berkata sebarang tugasan dan tindakan susulan terhadap Shuhaily hanya boleh diambil selepas beliau kembali ke PDRM, namun setakat ini belum ada keputusan dibuat

Red Bull’s Acosta wins MotoGP Sprint, Ducati Lenovo’s Marquez second

Third on the podium is Italian rider Marco Bezzecchi of Aprilia Racing

Parcel Shield anti-fraud initiative launched against parcel scams

Led by the Postal Forum, a self-regulatory body under the Malaysian Communications and Multimedia Commission, it aims to deal with scams involving deliveries and impersonation of legitimate couriers, among others

◉ Related