◉ HEADLINES

KPKT lapor polis, MCMC tuduhan fitnah projek MyKiosk, sedia disiasat SPRM: Kor Ming

Kor Ming berkata, tender bagi projek MYKiosk@KPKT dibuat secara telus dan dikendalikan sepenuhnya 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara

3:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membuat laporan polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung penyebaran video fitnah projek MyKiosk@KPKT.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya juga terbuka untuk disiasat oleh mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ketelusan harga MyKiosk.

“Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) telah diarahkan untuk mengesan TikToker dan mereka yang didakwa menyebarkan berita palsu berhubung isu tersebut di media sosial.

“Kita akan membuat laporan kepada MCMC di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Akta 588) dalam masa terdekat.

“Saya juga akan menjemput Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang ke pejabat untuk minum teh.

“Langkah ini bagi membolehkan individu atau TikToker yang membuat berita fitnah dikenakan tindakan undang-undang terhadap dakwaan projek MyKiosk,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, Kor Ming berkata, tender bagi projek MYKiosk@KPKT dibuat secara telus dan dikendalikan sepenuhnya 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

“PBT akan memohon dan mengenal pasti lokasi strategik yang sesuai, mereka perlu membuat tender terbuka untuk kontrak bumiputera maka KPKT tidak terlibat langsung dalam pemilihan ini.

“PBT sudah melantik seramai 795 kontraktor, dan saya menafikan dakwaan kontraktor dalam projek MyKiosk adalah kroni saya, memang tidak masuk akal dengan jumlah ini” katanya.

Dakwanya, projek MyKiosk sengaja dipolitikkan oleh pihak tertentu untuk memporak-perandakan Kerajaan Madani.

“Sebagai parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan, MCA sepatutnya membantu kerajaan. Saya nampak cara mereka untuk jatuhkan imej kerajaan agar MCA dapat keluar dan sertai Perikatan Nasional (PN),”

“Paling banyak dapat adalah Johor. MCA itu tidur, nyanyuk atau tidak buat kerja? Dia yang tender, dia yang dapat award, dia yang marah.
Kalau bodoh tidak mengapa, tapi jangan bodoh sombong,” katanya. – 20 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Melaka schools to reopen on Oct 12 as API readings fall below 100

Air quality readings at all three monitoring stations in the state remain in the moderate range, with parents advised to monitor their children's health

HSBC, Public Bank offer interest-free moratorium to families of 54 Malaysians missing in Nepal

MASFIH seeks urgent talks with the Attorney General’s Chambers and Wisma Putra as families mark 50 days since the disaster, seeking financial relief, legal clarity and updates on the verification process

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related