◉ HEADLINES

MOT arah Prasarana pasang pintu platform penumpang di semua stesen LRT

Ini kerana terdapat LRT dengan model lama masih tidak melaksanakan pemasangan pintu platform itu, jelas Menteri Pengangkutan

1:42 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melaksanakan pemasangan pintu platform penumpang di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai usaha meningkatkan keselamatan penumpang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata beliau telah meminta pengurusan Prasarana untuk melaksanakan perkara berkenaan kerana terdapat LRT dengan model lama masih tidak melaksanakan pemasangan pintu platform itu.

“Dari segi langkah keselamatan, memang saya dah minta Prasarana merancang untuk memasang pintu platform penumpang di semua stesen LRT.

“Untuk stesen Mass Rapid Transit (MRT) baharu, memang ada pintu platform iaitu ada satu pintu sebelum tren sampai. Monorel telah kita siapkan cuma untuk LRT Ampang dan ada stesen dengan reka bentuk lama, yang belum ada pemasangan pintu di platform,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden kematian seorang lelaki warga Taiwan dipercayai terjatuh ke landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong, Selangor semalam.

Loke berkata beliau telah menerima laporan mengenai insiden itu dan menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk menjalankan siasatan.

“Kita tahu bahawa itu memang satu kemalangan tetapi kita biarkan pihak polis membuat siasatan dan kamera litar tertutup (CCTV) akan diserahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan terperinci,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Prasarana akan melaksanakan tindakan susulan dengan Wisma Putra untuk berhubung dengan keluarga mangsa mengenai insiden berkenaan.

Semalam, seorang lelaki warga Taiwan maut selepas dipercayai terjatuh ke landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong. – 4 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Seedance 2.0 and Napster: History repeating in digital disruption, backlash, and forced evolution? – K V Soon

From Hollywood backlash to forced evolution, generative AI tools like Seedance 2.0 pose both challenges and opportunities for Malaysia’s film, animation, and cultural sectors

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

[WATCH] Expensive to run, yet extremely affordable to ride: Klang Valley trains explained

Strong ridership, low fares, and expanding networks keep the city moving — leading rail experts explain how

◉ Related