HEADLINES

LHDN ingatkan majikan, kontrak penggajian wajib disetem tahun depan

Semua kontrak penggajian antara majikan dan pekerja wajib disetemkan mulai 1 Januari 2026

10:44 AM MYT

 

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan semua kontrak penggajian antara majikan dan pekerja wajib disetemkan mulai 1 Jan 2026.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang akan dilaksanakan secara berfasa seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.

“Selaras dengan keputusan itu, LHDN telah memulakan aktiviti audit duti setem secara menyeluruh di seluruh negara bermula Januari lepas selepas mengeluarkan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS).

“Melalui aktiviti audit duti setem serta operasi pematuhan yang dilaksanakan, antara penemuan utama oleh pihak LHDN adalah dokumen kontrak penggajian antara majikan dan pekerja yang tidak disetemkan mengikut item 4, Jadual Pertama, Akta Setem 1949, iaitu duti setem yang ditetapkan adalah RM10,” menurut kenyataan itu.

LHDN memaklumkan bagi mengurangkan beban majikan, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan kontrak penggajian yang dimuktamadkan sebelum 1 Jan 2025 diberi pengecualian duti setem.

Hal ini berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Kewangan di bawah subseksyen 80(1A) Akta Setem 1949 dan peremitan penalti lewat penyeteman berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Pemungut Duti Setem di bawah subseksyen 47A(2) Akta Setem 1949.

Selain itu, kontrak penggajian yang dimuktamadkan mulai 1 Jan 2025 hingga 31 Dis 2025 adalah tertakluk kepada duti setem dan diberi peremitan penalti lewat penyeteman.

Ia berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Pemungut Duti Setem di bawah subseksyen 47A(2) Akta Setem 1949 dengan syarat dokumen kontrak penggajian tersebut disetemkan pada atau sebelum 31 Dis 2025.

LHDN memaklumkan keputusan lain yang diambil adalah kontrak penggajian yang dimuktamadkan mulai 1 Jan 2026 adalah tertakluk kepada kenaan duti setem dan kelewatan penyeteman kontrak penggajian akan dikenakan penalti sewajarnya.

LHDN turut menggesa semua majikan untuk menyemak dan mengemas kini kontrak penggajian yang telah dan akan ditandatangani untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan penyeteman di bawah Akta Setem 1949. – 6 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Related