HEADLINES

Pesawat Air India terhempas di Gujarat sejurus berlepas

Air India mengesahkan Penerbangan AI171, yang beroperasi dari Ahmedabad ke London Gatwick terlibat dalam satu insiden hari ini

5:43 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Sebuah pesawat yang menuju ke London telah terhempas sejurus berlepas di Ahmedabad, India Barat.

Air India mengesahkan penerbangan Penerbangan AI171, yang beroperasi dari Ahmedabad ke London Gatwick terlibat dalam satu insiden hari ini.

Terdapat kira-kira 232 penumpang dan 12 kru di atas pesawat tersebut, menurut ketua Jabatan Penerbangan Awam India kepada Agensi Berita Antarabangsa (AP).

Air India juga melaporkan terdapat 169 warga India dalam penerbangan berkenaan selain 53 warga Britain, seorang Kanada dan tujuh dari Portugis.

Sementara laman web Flightradar24 menyatakan ia menerima isyarat akhir daripada pesawat tersebut pada 625 kaki (190 meter) ”sejurus selepas berlepas”.

“Data awal laluan penerbangan ‘menunjukkan bahawa pesawat mencapai ketinggian barometrik maksimum sebanyak 625 kaki (ketinggian lapangan terbang kira-kira 200 kaki) sebelum ia mula menurun dengan kadar menegak -475 kaki seminit,” kata FlightRadar di platform X.

Kami sedar mengenai laporan awal dan sedang berusaha untuk mengumpul lebih banyak maklumat,” kata syarikat Boeing dalam satu kenyataan.

Susulan itu, penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel digantung sementara susulan insiden itu, menurut jurucakap lapangan terbang.

Saya amat sedih dengan kemalangan pesawat penumpang Air India di Ahmedabad.

“Saya telah mengarahkan pegawai untuk segera menjalankan operasi menyelamat dan bantuan serta membuat persiapan rawatan segera kepada penumpang yang cedera secara menyeluruh,” kata Ketua Menteri Gujarat Bhupendra Patel di media sosial. – 12 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

‘Very hurtful’: Chief justice exposes legal failures driven by distorted Islamic views

Tun Tengku Maimun Tuan Mat laments misinterpretations of faith that distort justice in high-profile rulings, cites Indira Gandhi and Nik Elin Zurina cases

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

We never ask for personal user data from telcos under MPD initiative: MCMC

Deputy managing director explains that all mobile data is anonymised at the telco level, with no names, IC numbers or addresses ever collected or stored by the commission

Related