HEADLINES

SPRM tahan 4 individu disyaki seleweng dana milik NGO, akaun RM5 juta dibekukan

Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2025 dan telah bersubahat dengan pengerusi NGO terbabit

8:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Empat individu termasuk tiga ahli jawatankuasa sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik NGO di tempat mereka bekerja.

Sumber memberitahu, suspek terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan antara 4 petang hingga 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, Melaka.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2015 hingga 2025.

“Mereka telah bersubahat bersama pengerusi NGO tersebut yang menyalahgunakan kuasa dan penyelewengan dana bagi kepentingan peribadi,” katanya.

Susulan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM900,000, barang kemas, sembilan lot tanah di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor dan empat unit rumah di Melaka selain membekukan 14 akaun terdiri daripada lapan akaun individu dan enam akaun syarikat berjumlah kira-kira RM5 juta.

Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin membenarkan kesemua suspek direman tujuh hari hingga Selasa depan selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Melaka pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – 12 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia’s longest river bridge opens, linking Sebuyau and Maludam

The RM848.75 million Batang Lupar No. 1 Bridge marks a new era in Sarawak’s coastal connectivity, replacing decades-old ferry crossings

Foreign workforce drops 13% as Malaysia pushes local hiring

Government maintains hiring freeze, prepares new levy system to curb dependency by 2030

Malaysia’s medal tally takes a dent after key sports excluded from Glasgow Commonwealth

OCM accepts decision of badminton and squash, among others, being axed from 2026 Games as organisers plan for a leaner, more financially sustainable event

Related