HEADLINES

Tindakan tegas pada penyedia media sosial gagal patuhi peraturan: MCMC

Peringatan itu dikeluarkan susulan tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan meskipun usaha berterusan telah dilakukan termasuk sesi rundingan

6:11 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Menurut MCMC dalam kenyataan hari ini peringatan itu dikeluarkan susulan tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan meskipun usaha berterusan telah dilakukan termasuk sesi rundingan.

Menurut suruhanjaya itu langkah tersebut penting bagi memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan mematuhi kerangka perundangan sedia ada. 

“MCMC telah mengenal pasti beberapa saluran dalam talian yang dilapor menyebarkan maklumat palsu, kandungan jelik melampau serta unsur berbaur ancaman.

“Kandungan-kandungan yang diterbitkan bukan sahaja mengelirukan orang awam, bahkan boleh melemahkan kepercayaan orang awam terhadap institusi awam sekali gus berpotensi menggugat ketenteraman awam,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC pihaknya kekal komited dalam usaha melindungi orang awam daripada ancaman kandungan berbahaya bagi memastikan internet menjadi ruang yang selamat, beretika dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat. – 13 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

One last time: More than 75,000 fans pack Bukit Jalil for Thalapathy Vijay’s Jana Nayagan audio launch

An emotional, star-studded night unfolded at the National Stadium Bukit Jalil as scores of fans gathered to see their idol Thalapathy Vijay before his full-time entry into politics

FAM’s ‘personal capacity’ defence is an insult to Malaysian football’s intelligence — Sandru Narayanan

By doubling down on the excuse that a suspended official was attending a FIFA event “in a personal capacity,” the Football Association of Malaysia has once again proven that it still doesn’t understand how accountability or optics actually work

Related