◉ HEADLINES

Sultan Selangor kecewa, titah SIS Forum tidak lagi guna perkataan ‘Islam’ dalam penerbitan

Baginda menegaskan penyalahgunaan perkataan 'Islam' dalam nama dan penerbitan SIS Forum (Malaysia) boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam

8:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan yang menyentuh pemakaian fatwa 31 Julai 2014 tidak terpakai kepada SIS Forum (Malaysia), pertubuhan atau institusi, sebaliknya hanya terpakai kepada individu.

Sehubungan itu, Sultan Selangor menggesa SIS Forum tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka.

Baginda menitahkan supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut.

“Sehubungan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan ini, DYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam di Negeri Selangor menggesa agar SIS Forum (Malaysia) tidak lagi menggunakan perkataan ‘Sisters in Islam’ ke atas atas apa-apa bentuk penerbitan di mana-mana platform yang dikaitkan dengan syarikat mereka supaya perkataan ‘Islam’ tidak sewenang-wenangnya digunakan untuk faedah dan kepentingan syarikat tersebut,” titah baginda menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan SIS Forum Malaysia dan pengasas bersamanya Zainah Mahfoozah Anwar, dalam tindakan mereka yang mencabar fatwa dikeluarkan pada 2014 oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu menyeleweng daripada ajaran Islam.

Panel empat hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 3-1 mengetepikan fatwa berkenaan, sejauh mana ia terpakai kepada syarikat dan institusi.

Baginda turut senada dengan isi kandungan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, berhubung keputusan terbaharu ini.

MAIS dalam pada itu memberitahu ia dukacita kerana keputusan Mahkamah Persekutuan itu secara tidak langsung mencampuri urusan pembuatan dan pemakaian fatwa yang berkaitan dengan persoalan hukum syarak.

Pengerusinya, Datuk Salehuddin Saidin juga bimbang keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan dalam kes ini akan membuka ruang kepada kumpulan tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk berselindung di sebalik nama Islam dalam sesebuah syarikat, pertubuhan atau institusi bagi mengamal dan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil terhadap mereka. 

“Jika perkara ini dibiarkan berterusan, ia akan mengelirukan dan boleh menjejaskan akidah umat Islam,’’ katanya.

Salehuddin memberitahu, MAIS menyokong penuh penghakiman bertentangan daripada Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang menyatakan bidang kuasa memutuskan pertikaian berhubung dengan fatwa ini adalah Mahkamah Syariah.

“Hakim Abu Bakar menyatakan walaupun dalam kes ini syarikat yang terlibat bukan merupakan ‘orang sebenar’ atau ‘natural person’ yang boleh menganut agama Islam, namun syarikat ini adalah tertakluk kepada fatwa.

“Ini berdasarkan kepada nama SIS iaitu ‘Sisters in Islam’ yang jelas menunjukkan identiti Islam serta aktiviti syarikat ini yang mengeluarkan penerbitan dan kenyataan tentang hal-hal berkaitan agama Islam,” katanya.

Salehuddin turut memberi jaminan akan bersama-sama dengan badan penguatkuasa agama di Selangor dan akan sentiasa memantau serta menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan ajaran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam ini dapat dibanteras.

“MAIS juga menggesa dan menasihatkan masyarakat Islam untuk tidak terlibat atau memberikan sokongan terhadap apa-apa program yang berkaitan dengan fahaman yang telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam termasuk fahaman liberalisme dan pluralisme agama,’’ katanya. – 19 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

MIH Megatrends 2024 pamerkan kesan masa lalu dan masa depan kemajuan teknologi kepada penjagaan kesihatan: Fahmi

Menteri Komunikasi juga berkata acara itu boleh melihat kepada penyelesaian yang dibantu oleh perkembangan teknologi yang dimajukan MCMC

◉ Related