HEADLINES

Kementerian Komunikasi teliti keperluan perkenal semula pakej lebih baik internet p-hailing Rahmah: Fahmi

Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta MCMC berhubung dengan penyedia platform e-hailing di negara ini bagi mendapatkan input mereka bagi tujuan berkenaan

7:17 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan meneliti keperluan untuk menambah baik seterusnya memperkenalkan semula pakej perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang pernah ditawarkan kepada pemandu dan penunggang e-hailing pada Januari 2024.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata beliau akan meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung dengan penyedia platform e-hailing di negara ini bagi mendapatkan input mereka bagi tujuan berkenaan.

“Tahun lalu kita ada lancarkan pelan p-hailing Rahmah, tujuannya untuk bantu penunggang (rider) ini dapatkan pakej lebih murah dan saya lihat ada yang manfaatkannya namun pada masa sama mungkin kawan-kawan (pengguna) boleh bantu juga beri maklum balas, untuk kita lebih faham bagaimana kita boleh tambah baik.

“Jadi mungkin kita boleh membantu syarikat telco ini, galakkan untuk mereka memberikan kadar yang lebih baik. Jadi insya-Allah kita harap nanti ada pakej-pakej lebih baik untuk riders,” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis FoodPanda Durian Runtuh 2.0 di KL Gateway Mall di sini hari ini.

Pada 23 Jan tahun lepas, Fahmi mengumumkan pemandu dan penunggang p-hailing boleh menikmati perkhidmatan internet p-hailing Rahmah yang ditawarkan pada harga serendah RM33 dengan pelan data sekurang-kurangnya 40GB.

Pelan ditawarkan hingga 23 April 2024 itu hasil kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi melibatkan CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM (Unifi Mobile) dan YTL Communications (Yes 5G) serta 16 penyedia platform p-hailing, antaranya FoodPanda, Grab, Bungkusit, Shopee dan Lalamove bagi menghargai jasa golongan pemandu dan penunggang p-hailing. – 26 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Influencer who recited Quran at Batu Caves accused of sexual misconduct in Netherlands

Abdellatif Ouisa has targeted recently converted, underage Muslim women, alleges Dutch publication

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

Mutiara LRT project kicks off as Penang’s six-year construction timeline begins

SRS Consortium receives notice to proceed with first civil works; RM13 billion project slated for completion by 2031

Related