HEADLINES

Tiada salahnya Umno terima semula ahli yang digantung atau dipecat’ : Veteran Umno

Menurut Veteran Umno, jika ahli parti lain diterima masuk, kenapa tidak orang yang berjuang dan memahami umno diterima semula

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada salahnya untuk Umno menerima kembali ahli yang sudah digantung mahupun dipecat sekiranya keputusan itu boleh menambah kekuatan parti.

Pandangan berkenaan disuarakan pengerusi Veteran Umno, Datuk Othman Desa susulan laporan Umno Bahagian Sembrong mencadangkan penggantungan keahlian Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Umno ditarik balik.

Pengerusi Veteran Umno, Datuk Othman Desa. – Gambar media sosial, 29 Jun, 2025

“Kalau orang parti lain pun kita boleh terima masuk dalam Umno, apatah lagi orang yang berjuang dalam Umno, faham Umno dan masih sayang Umno.

“Soal kesilapan, kesalahan ini pada saya ada dia punya kemaafannya, mungkin ketika itu (kesilapan yang berlaku) dalam suasana (selepas pilihan raya) tetapi sekarang suasana sudah berbeza dan tenang.

“Kita hendak buat keputusan, kita lihat (kembali) ketika suasana kelam kabut itu, jika kesetiaan seseorang dipersoal? Siapa yang menentukan soal kesetiaan dan jika ditanya soal ini, masing-masing akan memberi jawapan dan pandangan berbeza.

“Yang penting sekarang adalah demi kebaikan parti, kita hendak parti kita ini macam mana? Jika kembali dominan maka soal dendam serta terasa (patut dilupakan).

“Jadi pada saya pentingnya (keputusan) demi kebaikan dan kepentingan parti,” katanya kepada Scoop hari ini.

Hishammuddin digantung keahlian dalam Umno selama enam tahun bermula 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan MKT Umno.

Surat bertarikh 30 Januari 2022 itu ditandatangani oleh Datuk Seri Ahmad Maslan yang merupakan Setiausaha Agung Umno ketika itu.

Dalam tempoh berkenaan juga, Umno membuat pembersihan besar-besaran apabila beberapa pemimpinnya digantung dan dipecat termasuk Hishammuddin; bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Terdahulu Ahmad, yang kini ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) berkata, isu penggantungan Hishammuddin dijangka dibincangkan pucuk pimpinan dalam mesyuarat pada Isnin

Dalam pada itu, Othman berkata, isu itu akan dibincangkan sekiranya Pengerusi Umno Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membangkitkan perkara tersebut.

Sebagai parti yang berasaskan akar umbi, Ahmad berkata Umno juga perlu melihat apa yang diinginkan rakyat.

“Kalau rakyat kata masih hendak dan kasih (kepada Hishammuddin), kita lihat di sebelah Sembrong, di Johor, orang masih sayang beliau. Maka kita, Umno secara keseluruhannya perlu melihat begitu juga, perlu melihat suasana atau keadaan (sokongan) itu.

“Kita juga tidak boleh mengguna pendapat individu semata-mata dan perlu melihat pendapat ramai. Jika kedatangan atau kembalinya ahli atau pemimpin yang boleh menguatkan Umno, apa salahnya?,” katanya. – 29 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

Lower assessment rates for PJ properties, but up to 25% higher quantum due to property value

MBPJ set to review real estate taxes for 2025, 33 years after last revision

AGC refutes Tun M’s claim that Anwar’s royal pardon was invalid

Attorney General’s Chambers says full pardon followed constitutional process in 2018; Apandi affirms advice was given despite being on leave

New NFDP technical director sets blueprint to reduce reliance on naturalised players

Following heritage player fiasco, Ong Kim Swee focuses on developing homegrown talent

Related