HEADLINES

Kes rasuah lesen cari gali: 2 Adun Sabah, ahli perniagaan mengaku tidak bersalah

Selain dua Adun terbabit, turut didakwa ahli perniagaan, Chieng Albert Tei Jiann, 37, kerana memberi rasuah

12:06 PM MYT

 

KOTA KINABALU – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Datuk Yusof Yacob didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas tuduhan menerima rasuah masing-masing RM200,000 dan RM150,000.

Selain dua Adun terbabit, turut didakwa ahli perniagaan, Chieng Albert Tei Jiann, kerana memberi rasuah.

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.

Andi Muhammad Suryady Bandy adalah Adun Tanjung Batu manakala Yusof Yacob pula adalah Adun Sindumin.

Yusof, 69, yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad didakwa atas satu pertuduhan menerima wang suapan RM200,000 daripada Tei sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan prospecting licence untuk cari gali mineral di Sabah, di sebuah hotel, di sini pada 2 petang, 6 Mac 2023.

Andi Muhammad Suryady, 44, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah didakwa menerima wang suapan RM150,000 daripada Tei sebagai dorongan membantu menguruskan permohonan prospecting licence untuk cari gali mineral di Sabah, di kediaman Adun itu di sini pada jam 11 malam, 12 Mei 2023.

Tei, 36, didakwa atas dua pertuduhan memberikan wang rasuah masing-masing kepada Yusof dan Andi Muhammad Suryadi di lokasi, masa dan tarikh yang sama, lapor Bernama. – 30 Jun, 2025

Topics

 

Hangat

‘I’m still the CEO of Harimau Malaya’: Rob Friend

The national squad manager has pushed back against a FIFA report that described him as a consultant to the Football Association of Malaysia

British Airways launches London–Melbourne flights via KL

Daily service from January 2027 boosts Kuala Lumpur’s position as a major Asia-Pacific transit hub

Hamidin eyes FAM return to rescue F:30 and rebuild Harimau Malaya’s credibility

Former FAM president Tan Sri Hamidin Mohd Amin is weighing a comeback bid, driven by concerns that his flagship F:30 programme could lose momentum amid leadership uncertainty, while vowing to restore trust in Malaysian football following the damaging eligibility scandal

Related