◉ HEADLINES

Zaharudin hantar LOD, tuntut ganti rugi RM1.5 juta dakwa difitnah Steven Sim

Yang Dipertua PAS Sungai Buloh menuntut permohonan maaf, tarik balik kenyataan fitnahnya dan ganti rugi RM1.5 juta daripada Timbalan Setiausaha Agung DAP

11:01 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua PAS Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad sudah mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim yang didakwa memfitnahnya mempertikai pelantikan Leftenan Jeneral Cina pertama sekali gus memperlekeh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menerusi LOD bertarikh 3 Julai 2025 itu, Zaharudin menuntut Menteri Sumber Manusia memohon maaf, menarik balik kenyataannya dan membayar pampasan RM1.5 juta sebagai ganti rugi.

LOD oleh Firma guaman Nur Maidin & Co itu menyatakan jika anak guamnya tidak menerima maklum balas dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penerimaan notis berkenaan, mereka diarah memulakan tindakan undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, Zaharudin berkata, beliau sendiri telah ke pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam di Pulau Pinang untuk menyerahkan LOD itu kepada Sim, namun gagal kerana tiada sesiapa di pejabatnya semalam.

Beliau berkata, peguamnya juga akan menghantar LOD itu menerusi e-mel.

“Kita jumpa di mahkamah atau mohon maaf sebagaimana dalam LOD,” katanya memetik laporan FMT.

Beliau turut mencabar Sim untuk berdebat mengenai program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Terdahulu, Zaharudin menjelaskan, hantaran kontroversinya yang disertakan gambar Leftenan Jeneral Cina pertama dalam ATM sebenarnya untuk menyedarkan masyarakat berhubung MM2H yang didakwanya akan menuntut hak sebagai warganegara seperti mengundi.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang itu mendakwa gambar Johnny Lim Eng Seng hanya hiasan dan beliau tidak berniat menghina atau memperlekehkannya.

Sim kemudian menyifatkan tindakan Zaharuddin mempertikai pelantikan Lim sebagai kenyataan jahat dan seolah-olah memperlekehkan kepercayaan ATM serta Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi angkatan itu.

Terdahulu media melaporkan kesediaan Sim berdepan saman yang ingin difailkan Zaharudin bertujuan menjamin keharmonian masyarakat pelbagai kaum.

“Kalau kerana mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini dan martabat ATM, maka saya mahu disaman pemimpin PAS itu (Zaharudin), saya bersedia!,” katanya. – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Influencer Ms Puiyi wins RM4.3 mil suit against ex-business associate Mentos

Model and DJ gets judgment in default after former director of her company fails to appear in court

Govt to raise alcohol excise duty by 10% from November 2025, tobacco taxes also up: Anwar

Prime Minister says the move, announced under Budget 2026, aims to promote healthier lifestyles and reduce access to alcohol and tobacco, with additional revenue channelled to the Health Ministry

◉ Related