◉ HEADLINES

Petronas meterai perjanjian pembelian LNG 20 tahun dengan Venture Global

Ia bagi pembekalan 1.0 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG)

8:19 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) iaitu Petronas LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli selama 20 tahun bersama syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Venture Global Inc bagi pembekalan 1.0 juta tan setahun (MTPA) gas asli cecair (LNG).

Menurut Petronas, LNG itu akan diperoleh daripada CP2 LNG Fasa 1 iaitu kemudahan berkapasiti 14.4 MTPA milik Venture Global yang kini dibangunkan di Cameron Parish, Louisiana.

Petronas berkata perjanjian LNG jangka panjang ini mengukuhkan lagi portfolio LNG global syarikat selain menekankan komitmennya untuk menyediakan bekalan tenaga yang boleh dipercayai dalam memenuhi permintaan global yang semakin meningkat.

“Kerjasama dengan Venture Global dijangka memberikan Petronas keupayaan bekalan yang lebih tangkas dan fleksibel sekali gus mengukuhkan keupayaan kami untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah di beberapa rantau utama,” kata Petronas dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran dan Perdagangan LNG Petronas Shamsairi M Ibrahim berkata dengan peningkatan permintaan tenaga dan landskap LNG global yang terus berkembang, keutamaan syarikat iaitu menyediakan pelanggan dengan bekalan yang boleh dipercayai serta memberi nilai jangka panjang.

“Perjanjian ini mencerminkan usaha berterusan kami bagi meningkatkan kebolehcapaian bekalan melalui kerjasama strategik dalam industri sekali gus membolehkan kami bertindak balas terhadap keadaan pasaran yang dinamik dengan lebih tangkas,” katanya. – 4 Julai, 2025

Topics

 

◉ Popular

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

◉ Related