HEADLINES

Insiden feri Selat Bali: Kedutaan siasat dakwaan babit rakyat Malaysia

Kedutaan berkata, selagi operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, pihaknya akan terus menjalin hubungan rapat dan berterusan dengan semua agensi berkaitan

1:03 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat mengenai kemungkinan pembabitan seorang warganegara Malaysia dalam insiden feri karam di Selat Bali.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mangsa-mangsa yang terlibat.

“Kedutaan telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia sejak awal lagi dan pada mulanya dimaklumkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden itu.

“Namun, berikutan laporan terbaharu yang menunjukkan kemungkinan terdapat seorang rakyat Malaysia antara mangsa, pihak Kedutaan sedang giat bekerjasama dengan Jabatan Konsular Kementerian dan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan perkara ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa selagi operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, Kedutaan akan terus menjalin hubungan rapat dan berterusan dengan semua agensi berkaitan.

Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1–3, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia melalui talian +6281380813036 atau emel [[email protected]](mailto:[email protected]). 

Mereka juga boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian +62361751953.

Bernama sebelum ini melaporkan bahawa sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat malam Rabu ketika dalam perjalanan dari Jawa Timur ke Bali.

Setakat 5 Julai, sekurang-kurangnya enam maut, 29 masih hilang manakala 30 yang lain berjaya diselamatkan, menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia. – 6 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

Related