HEADLINES

Ahli Parlimen Wangsa Maju pertahan gesaan RCI, tiada pelanggaran disiplin

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berkata isu dibangkit sudah pun menjadi pengetahuan umum dan boleh beri kesan kepada rakyat serta negara

6:12 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tiada unsur pelanggaran disiplin dalaman parti tegas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan berikutan desakan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pelantikan badan kehakiman.

Beliau berkata, sebaliknya isu yang dibangkit adalah perkara yang sudah pun dalam pengetahuan umum serta boleh memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada rakyat mahupun negara.

Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) menurut Zahir hanya mengemukakan beberapa pendekatan yang boleh memberi pencerahan berhubung isu tersebut, serta cadangan penyelesaian mengikut batas dari segi perlembagaan.

“Kita perlu memberi peluang secukup serta seluasnya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjelaskan, dan seterusnya menutup segala persepsi yang wujud di luar sana dengan fakta mahupun maklumat yang betul dan tepat.

“Tiada apa-apa pelanggaran disiplin dalaman parti,” katanya memetik laporan FMT.

Bagaimanapun, Zahir berkata perkara itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti sebagaimana wujud dalam perlembagaan PKR sekiranya mana-mana pihak merasakan ada terkait dengan disiplin parti.

“Bergantung kepada syor dari jawatankuasa tersebut, perlu dirujuk kepada Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum tindakan dapat diambil seperti yang dalam desakan tersebut,” tegasnya.

Terdahulu, seramai 19 ketua cabang PKR Johor menyeru penggantungan sembilan Ahli Parlimen yang mendesak kerajaan menubuhkan RCI mengenai pelantikan hakim dan dakwaan campur tangan dalam institusi kehakiman.

Ketua cabang berkenaan berkata, tindakan Ahli Parlimen tersebut melanggar disiplin dan etika parti, malah memberi tanggapan buruk terhadap kepimpinan perdana menteri serta membuka ruang kepada manipulasi politik pihak lawan.

Ini selepas kumpulan Ahli Parlimen diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa penubuhan RCI serta satu sesi pendengaran oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, susulan kelewatan dalam pelantikan jawatan kehakiman tertinggi termasuk ketua hakim negara, yang menurut mereka telah mencetuskan krisis Perlembagaan. – 12 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Online scams in Malaysia cost victims over RM3.18bil in less than three years

Rising threat of online scams in Malaysia: understanding, prevention and legal responses

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

Related