HEADLINES

Helikopter bom air rosak, kawasan berbukit sukarkan pemadaman kebakaran di Riau

Menurut Pegawai Pembangunan Desa Koramil 13/ Rokan IV Koto, Sarjan Suwendi, api marak ke kawasan seluas 10 ke 20 hektar

12:44 PM MYT

 

PEKANBARU – Usaha memadam kebakaran hutan di Kampung Rokan, daerah Rokan IV Koto, Rokan Hulu (Rohul) di Riau semalam, berdepan kesukaran ditambah api yang cepat merebak hingga ke kebun penduduk.

Keadaan lebih sukar apabila operasi memadam kebakaran terpaksa bergantung hanya kepada petugas darat susulan helikopter rosak dan tidak boleh melaksana proses pengeboman air.

Menurut Pegawai Pembangunan Desa Koramil 13/ Rokan IV Koto, Sarjan Suwendi, api marak ke kawasan seluas 10 ke 20 hektar.

Katanya, ia merebak cepat disebabkan angin kencang dan cuaca panas, malah petugas berdepan kesukaran untuk memadam api kerana bentuk muka bumi yang bercerun dan berbukit.

Ketiadaan sumber air di lokasi menyebabkan anggota pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Republik Indonesia (Polri) dan Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) dan Manggala Agni terpaksa melakukan pemadaman secara manual menggunakan kayu.

“Hanya kawasan terbakar yang boleh dijangkau sahaja mampu dipadam. Api pula terpaksa dipadamkan menggunakan kayu,” jelas Suwendi, lapor Kompas.

Suwendi berkata, kepulan asap yang tebal juga menyukarkan operasi pemadaman, selain tiada bantuan daripada udara kerana helikopter mengalami kerosakan.

“Kita sudah memohon bantuan helikopter pengeboman air tetapi tiada yang tiba lagi. Pemadaman di darat sangat sukar,” katanya.

Sementara itu Ketua BPBD Riau, Edy Afrizal mengesahkan helikopter bagi tujuan pengeboman air untuk memadam kebakaran, rosak.

“Ia masih dalam proses baik pulih,” katanya ketika dihubungi Kompas.

Hutan di perkampungan Rokan, Rokan IV Koto berdepan ancaman kebakaran serius ditambah lokasi terjejas yang terletak di kawasan bukit dengan cerun bahaya yang boleh mengancam keselamatan petugas.

Sementara itu di Malaysia, empat kawasan dengan masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Selangor, mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan maklumat laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, Nilai dan Port Dickson, Negeri Sembilan masing-masing merekodkan bacaan IPU 156 dan 153. – 20 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Feathers ruffled over hornbill flap – Joseph Masilamany

Why getting Sarawak’s state bird right matters more than you think 

Petronas staff to be shown the door to make up losses from Petros deal?

Source claims national O&G firm is expected to see 30% revenue loss once agreed formula for natural gas distribution in Sarawak is implemented

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Related