◉ HEADLINES

15 September hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Malaysia 2025

Perdana Menteri berkata hari kelepasan am itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia

11:25 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – 15 September ini diisytihar sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau berkata hari kelepasan am itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia 2025 pada 16 Sept ini akan diadakan di Pusat Konvensyen PICCA@Arena Butterworth, Pulau Pinang dengan pelbagai pengisian menarik. – 23 Julai, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] ‘The perception exists, but it isn’t true’: Tengku Zafrul addresses ‘payung kuning’ narrative

Former Investment, Trade and Industry Minister dismisses claims that he acts as a royal intermediary for Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, saying the long-standing 'payung kuning' perception does not reflect reality

[TONTON] ‘Persepsi itu wujud, tapi ia tidak benar’: Tengku Zafrul jawab naratif ‘payung kuning’

Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menepis dakwaan beliau bertindak sebagai orang tengah istana bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menegaskan persepsi lama ‘payung kuning’ tidak mencerminkan realiti

Uthaya: compelling voice of those on the margins – Terence Netto

After two novels and dozens of short stories, writer Uthaya Sankar continues to portray life very much as it happens

◉ Related