HEADLINES

RON95 turun RM1.99 seliter bawah subsidi bersasar, tangguh kenaikan tol

Perdana Menteri berkata perincian bakal diumumkan menjelang akhir September ini

11:34 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter berbanding ketika ini RM2.05, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September ini.

Beliau berkata, langkah ini selari pendekatan penyasaran subsidi yang tidak akan menjejaskan rakyat biasa.

“Rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 lebih rendah iaitu RM1.99 seliter. Ini tentunya beri manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun dan pekerja gig,” katanya dalam ucapan penghargaan untuk rakyat Malaysia.

Namun, katanya mereka yang tidak layak seperti warganegara asing perlu untuk membayar pada harga pasaran.

“Pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar kerajaan untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi,” katanya.

Tambahnya, bagi 2023 dan 2024, subsidi petrol RON95 dianggarkan hampir RM20 bilion setahun.

Meskipun harga minyak dunia menurun, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter, iaitu jauh lebih tinggi berbanding harga subsidi dinikmati rakyat.

Dalam pada itu, kerajaan ambil keputusan menangguhkan kenaikan kadar tol dijadualkan tahun ini melibatkan 10 lebuh raya seluruh negara.

Anwar berkata, kenaikan tersebut sepatutnya dilaksanakan mengikut perjanjian konsesi, namun kerajaan bersetuju menangguhkannya demi memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada.

“Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta. Ini antaranya melibatkan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX), katanya. – 23 Julai, 2025

Topics

 

Hangat

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

Court orders MYAirline co-founder to repay over RM8mil to investors

Datuk Allan Goh and four associated companies are directed to return funds after failing to meet financial obligations to 15 investors

InDrive faces termination for flouting guidelines

It is the second Russian e-hailing app after Maxim to face ban by Land Public Transport Agency

Related